10: 3-4 (2018) 2733 | www.sainshumanika.utm.my | e-ISSN ISSN: 2289-6996 Full paper Sains Humanika Giving and Answering the Greetings (Salam) From Non-Muslim in Islamic Law Hukum Memberi dan Menjawab Salam Orang Bukan Islam Muhamad Rozaimi Ramle * , Abdul Latef Alhadri Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim, Perak, Malaysia *Corresponding author: rozaimi@fsk.upsi.edu.my Article history: Received: 3 May 2018 Received in revised form: 24 July 2018 Accepted: 20 August 2018 Published online: 28 November 2018 Abstract Conveying greetings to non-Muslims and replying greetings uttered by them are the issues that affect the sensitivity of Muslims in Malaysia. Since Malaysia is a plural-society nation, there are non-Muslims who are always intermingled with the Muslims and are impressed with some of Muslim cultures. And when this happens, it raises many questions such as is it allowed for Muslims to say “Assalamualaikum” to non-Muslims? Is it obligatory to return greetings given by non-Muslims? How to greet people in a ceremony consisting of Muslims and non-Muslims? Is it permissible to say "Good Morning" or "Good Evening" to non-Muslims? Therefore, this paper will explore the views of Muslim scholars in each of these issues so that readers can clearly understand the Islamic view on this issue. Analytical and critical methods will be utilized when elaborating the view of scholars in this issue. The conclusion of this study is that Muslims are not allowed to greet non-Muslims with the word “Assalamua’laikum”. However, if non-Muslims start to greet with the word “Assalamua’laikum” then Muslims can reply it with the word “Wa'alaikumussalam”. While other greeting of speech other than the remarks of “Assalamu'alaikum” is permissible. Keywords: Rule, giving, replying, greeting, non Muslims, Islamic Law. Abstrak Isu memberi ucapan salam kepada orang bukan Islam dan menjawab salam yang diucapkan oleh mereka merupakan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia. Memandangkan negara ini merupakan sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, kadang-kadang terdapat orang bukan Islam yang selalu bercampur gaul dengan orang Islam dan terkesan dengan beberapa budaya orang Islam antaranya ialah memberi salam. Lalu apabila perkara ini berlaku, ia menimbulkan pelbagai persoalan antaranya adakah dibenarkan orang Islam mengucapkan salam kepada orang bukan Islam? Adakah wajib menjawab salam yang diberikan oleh orang bukan Islam? Bagaimana pula untuk memberi salam dalam satu majlis yang bercampur antara orang Islam dan bukan Islam? Adakah dibenarkan mengucapkan ucapan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" kepada orang yang bukan Islam? Justeru, penulisan ini akan mengupas pandangan ulama Islam dalam setiap persoalan-persoalan ini supaya pembaca dapat memahami dengan jelas pandangan Islam terhadap isu ini. Metod analisis dan kritis akan digunakan ketika menghuraikan pandangan ulama terhadap isu ini. Kesimpulan daripada kajian ini umat Islam dilarang memberi salam kepada orang bukan Islam dengan lafaz “Assalamua’laikum”. Walau bagaimanapun, jika orang bukan Islam memulakan salam maka orang Islam boleh menjawabnya dengan lafaz Wa’alaikumussalam. Manakala ucapan penghargaan lain selain daripada lafaz Assalamu’alaikum adalah dibenarkan. Kata kunci: Hukum, Memberi, menjawab salam, orang bukan Islam, hukum Islam. © 2018 Penerbit UTM Press. All rights reserved 1.0 PENGENALAN Isu memberi salam kepada orang bukan Islam dan menjawab salam mereka menjadi topik yang sering menjadi perbualan masyarakat di Malaysia. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh itu, kadang-kadang terdapat orang bukan Islam yang selalu bercampur gaul dengan orang Islam dan terkesan dengan beberapa budaya orang Islam antaranya ialah memberi salam. Lalu apabila perkara ini berlaku, ia menimbulkan pelbagai persoalan. Justeru, penulisan ini akan mengupas pandangan ulama Islam dalam setiap persoalan yang timbul berkaitan salam supaya pembaca dapat memahami dengan jelas pandangan Islam terhadap ucapan salam kepada orang bukan Islam ini.