56 Vol 6. No. 2 (December 2021) eISSN: 2550-1488 journalofhadith.usim.edu.my PENILAIAN SEMULA ASMAUL HUSNA MENURUT IBN HAJAR (Review of the Beautiful Names of Allah According to Ibn Hajar) Wan Kamal Nadzif Wan Jamil 1 , Roshimah Shamsudin 2 , Norazmi Anas 3 , Shahril Nizam Zulkipli 4 , Arnie Adnan 5 1,3,4 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA 2 Universiti Sains Malaysia 5 Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana, Seri Iskandar, Perak Abstract Debates regarding the beautiful names of Allah has sparked off since the early age of Islam until now. Only three narrations that counting these Names which were narrated by al-Tirmidhi, Ibn Majah and al-Hakim. Other narrations only quote that the almighty God has 99 beautiful names without counting and specify it. Ibn Hajar was among the early scholar who has criticised narrations that specifically counting these names. By using the comparative narration approach and analysing each of these narrations the objective of study is to study similarities and differences between these names. It was discovered that all the narration counting the names is not originated from the Prophet but an opinion (ijtihad) from the narrator himself that has been inserted (mudraj) into the hadith. 27 names should be adjusted according to Ibn Hajar al-‘Asqalani. Kata Kunci: Beautiful names; hadith; mudraj; narration; Ibn Hajar. Article Progress Received: 22 July 2021 Revised: 20 October 2021 Accepted: 17 November 2021 *Corresponding Author: Wan Kamal Nadzif Wan Jamil. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA Email: norazmianas@uitm.edu.my PENDAHULUAN Nama-nama Allah yang indah atau Asmaul Husna merupakan hitungan nama yang merujuk kepada zat Allah SWT. Masyhur dalam dunia Islam dan masyarakat Melayu 99 Asmaul Husna yang bersumberkan sebuah hadith riwayat al-Tirmidhi. Terdapat dua riwayat lain yang menghitung nama-nama ini iaitu riwayat Ibn Majah dan al-Hakim. Riwayat yang lain seperti al-Bukhari dan Muslim hanya menyebut bagi Allah SWT itu 99 nama tanpa menghitungnya satu persatu. Nama-nama yang terdapat dalam al- Quran bilangannya tidak mencapai 99. Berdasarkan kajian Ibn Hazm (m.456H) terdapat 68 nama sahaja (Ibn Hazm, 1352H). Oleh sebab itu para ulama sejak zaman dahulu berijtihad mencari nama-nama ini dalam hadith-hadith Nabi SAW. Al-Quran menyebut Asmaul Husna pada empat tempat iaitu al-Aʻraf, ayat 180, al-Isra’, ayat 110, Taha, ayat 8 dan al-Hasyr, ayat 24. Hadith yang menghitung bilangan nama- nama ini hanyalah hadith Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi (m.279H), Ibn Majah (m.273H) dan al-Hakim (m.404H). Manakala lebih 50 riwayat yang bersumberkan hadith Abu Hurairah dalam kitab-kitab hadith menyebut bahawa bagi Allah SWT itu 99 nama tanpa menghitungnya. Antaranya riwayat al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah itu 99 nama, seratus nama melainkan satu. Sesiapa yang dapat menghitungnya dia masuk ke dalam syurga” (Al-Bukhari, 2004 & Muslim, 2003). Mudraj Dalam Hadith Asmaul Husna Menurut al-Ghazali dan Ibn al-ʻArabi hitungan nama-nama ini merupakan ijtihad para perawi untuk menyempurnakan hadith marfuʻ yang menyatakan bagi Allah SWT 99 nama (Ibn Hajar, 1992). Kemasukan lafaz tambahan yang terhasil daripada ijtihad perawi ini dipanggil mudraj dalam ilmu hadith. Idraj atau lafaz tambahan sesuatu matan hadith diriwayatkan bersama-sama hadith bertujuan untuk memberi penerangan atau huraian ketika meriwayatkan hadith. Idraj boleh berlaku ketika perawi