Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani Vol 7, No 1, 2018 (53-61) ISSN: 2232-1918/ eISSN: 2600-9323 https://ejournal.upsi.edu.my/journal/JSSPJ 53 ___________________________________________________________________________ IMAGERI: KESAN TERHADAP PRESTASI CONVERSION KICK DALAM SUKAN RAGBI Mohd Huzairi Mohd Sani 1,2 & Thariq Khan Azizuddin Khan 2 1 Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia 2 Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg Malim, Perak, Malaysia Email: huzairisani@yahoo.com Abstrak Jurnal Sains Sukan dan Pendidikan Jasmani 7(1): Received: 30 January 2018, Accepted: 1 March 2018 – Kajian ini adalah bagi melihat kesan program latihan psikologi iaitu latihan imageri terhadap prestasi dalam sukan ragbi. Ia menilai kesan latihan fizikal dan imageri audio terhadap prestasi conversion kick selama empat minggu dengan kekerapan intervensi tiga sesi seminggu. Peserta yang terlibat terdiri daripada tiga puluh orang ahli dari kelab ragbi sekolah. Soal selidik Sport Imagery Ability Measure (SIAM) yang telah dialih ke dalam Bahasa Malaysia digunakan sebagai saringan bagi melihat kebolehan imageri peserta. Penyelidikan dijalankan dengan membina intervensi pada imageri audio yang dijalankan bersama latihan fizikal berasaskan kepada Imagery Training Program (ITP). Kaedah eksperimen yang digunakan adalah melibatkan satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan yang melalui proses ujian pra, intervensi dan ujian pasca. Hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua kumpulan yang terlibat. Perbincangan, limitasi dan kajian akan datang akan dibincangkan pada bahagian yang terakhir. Kata kunci: Imageri, Sukan, ragbi, Conversion kick, Imagery Training Program (ITP).