MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara 20(2019): 64-73 https://doi.org/10.17576/malim-2019-2001-06 Pembangunan Kerangka Konseptual Kajian Aspirasi Kerjaya Pelajar TVET Kolej Komuniti di Malaysia (Designing Conceptual Framework for The Study of Career Aspirations of TVET in Malaysian Community College) SHAFARIZAN ABD SAMAD*, MOHAMAD KHAIRI OTHMAN & MUHAMAD DZAHIR KASA ABSTRAK Membangunkan modal insan merupakan agenda sangat penting bagi sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) dilihat tonggak penting dalam sistem pendidikan negara. TVET merupakan salah satu bidang pendidikan yang bertujuan bagi menghasilkan pekerja mahir bagi pembangunan ekonomi negara. Platform pendidikan ini bukan sahaja untuk membangunkan pembangunan akademik dan teknikal pelajar, tetapi juga melahirkan pelajar bagi memperolehi kemahiran berkaitan pekerjaan. Setelah hampir sedekad, beberapa kelompangan masih membelenggu TVET, serta menghalang peranannya dalam mengungguli sistem pendidikan arus perdana. Oleh yang demikian, kertas konsep ini bertujuan untuk membuat penilaian terhadap keberkesanan, kemahiran generik dan jenis tret-personaliti terhadap aspirasi kerjaya dalam kalangan pelajar TVET. Kajian ini adalah berdasarkan metodologi kuantitatif. Elemen-elemen ini dilihat tidak hanya penting dalam menyediakan pelajar untuk kebolehpasaran mereka pada masa hadapan tetapi juga sangat penting bagi penilaian tret- personaliti pelajar TVET terhadap aspirasi kerjaya mereka. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan isu tersebut demi bagi memastikan pelajar TVET terus mengekalkan aspirasi kerjaya yang sama dengan bidang yang telah dipelajari mereka di Kolej Komuniti. Kata kunci: TVET; tret - personaliti; keberkesanan latihan; kemahiran generik; aspirasi kerjaya ABSTRACT Developing human capital through education is very important for the education system in Malaysia. Technical and vocational education and training (TVET), holds a major role in our education system. TVET is one of education lines that are aimed to produce skilled workers for our country. This education platform is hoped not only to develop students’ academic and technical knowledge, but also to help students acquire high employability skills. Despite improvements over the past decade, several weaknesses have hobbled TVET, preventing it from playing a supportive role. Therefore, this concept paper aims to examine the level of effectiveness training, generic skill and type of trait-personality towards career aspiration among TVET students. A quantitative methodology research designed was employed for this study. These elements are not only important in preparing them for their future work but also very pivotal for their career aspirations development. Thus, the purpose of this concept paper is to discuss the sustainability for Malaysian TVET and as for TVET students have the same career aspirations in the fields they have learnt in Community College.