Jurnal Psikoedukasi dan Konseling Vol 2, No. 2, Desember 2018 Tersedia Online di http://jurnal.uns.ac.id/jpk ISSN 2580-4545 DOI: http://dx.doi.org/10.20961/jpk.v2i2.15800 This is an open access article distributed under the terms of the Creative Commons Attribution 4.0 International License (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/4.0/) Kesan Modul Pendidikan ‘FLEP’ terhadap Motivasi dan Aspirasi Pembelajaran Pelajar dengan Prestasi Akademik Rendah Effects of ‘FLEP’ Module on Motivation and Aspiration to Learn Among Low Achievers Abu Yazid Abu Bakar 1 , Noriah Mohd Ishak 2 , Melor Md Yunos 1 1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA 2 Pusat PERMATApintar™ Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, MALAYSIA E-mail: yazid3338@ukm.edu.my No. HP: +6019-2246917 Abstract: The purpose of this study is to examine effects of the Fun Learning Enrichment Program (FLEP) on motivation and aspiration to learn among low-achievers. The study used quasi experimental design with pre-post control group. A total of 596 students participated in the study for three consecutive years. The students were given a module consisted of 120 fun learning enrichment activities in mathematics and science that promotes self-motivation and aspiration to learn. Results show significant increase in motivation and aspiration to learn among the students after attending the FLEP program. In conclusion, low-achieving students can develop motivation and aspiration to learn when given environment that promotes positive learning experience. Key Words: Enrichment program; learning aspiration; learning motivation; low-achievers PENDAHULUAN Rogers (1980) menegaskan bahawa setiap manusia memiliki keupayaan untuk mengetahui apa yang dimahukan dalam kehidupan, berusaha untuk mencapainya, dan menyesuaikan diri secara psikologi sekiranya wujud sebarang permasalahan yang mengekang. Dalam erti kata lain, potensi setiap individu mampu dikembangkan secara konstruktif bagi memperoleh tahap kecapaian kendiri (self-actualization) yang tertentu. Perkembangan kendiri yang bersifat proaktif ini (Pajares, 2003) tidak dikawal oleh faktor-faktor biologi atau persekitaran, sebaliknya berlaku secara semulajadi. Motivasi dan aspirasi adalah contoh elemen-elemen penyesuaian psikologi yang tercetus menerusi proses pembelajaran untuk menghasilkan kepercayaan kendiri yang positif. Pelbagai kajian berkaitan motivasi dan aspirasi pembelajaran telah dijalankan dalam pelbagai bentuk kefungsian manusia. Pintrich (1989) berpandangan bahawa motivasi pembelajaran dalam kalangan pelajar terbina atas tiga elemen yang terdiri daripada: (1) jangkaan kepercayaan kendiri terhadap kemampuan untuk melaksanakan sesuatu tugas; (2) nilai kepercayaan kendiri tentang kepentingan sesuatu tugasan; (3) afektif reaksi emosi kendiri terhadap sesuatu tugasan. Kajian Pintrich dan De Groot (1990) serta Pajares (2003) mendapati bahawa para pelajar yang bermotivasi tinggi dalam lazimnya memiliki prestasi akademik yang lebih baik berbanding golongan pelajar yang kurang bermotivasi, kerana setiap daripada mereka didapati mampu mengerakkan proses pembelajaran masing-masing secara individu (self-regulated learning process). Frank (1935: 127) pula menyatakan "the relative strengths of the need to keep the level of aspiration high, the need to make the level of aspiration approximate the level of performance as closely as possible, and the need to avoid failure", yang membawa maksud bahawa tahap aspirasi pembelajaran dan prestasi akademik pelajar adalah saling bergantung. Selain itu,