Volume 3 Issue 11 (September 2020) PP. 19-31
DOI 10.35631/IJHPL.311003
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved
19
INTERNATIONAL JOURNAL OF
HUMANITIES, PHILOSOPHY
AND LANGUAGE
(IJHPL)
www.ijhpl.com
PANTUN MELAYU SARAWAK SEBAGAI WADAH PENERAPAN
NILAI TANGGUNGJAWAB
SARAWAK MALAY PANTUN AS THE PLATFORM OF RESPONSIBILITY VALUE
APPLICATION
Mohammad Syawal Narawi
1*
, Nor Hasimah Ismail
2
, Lee Jun Choi
3
1
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Email: syawal@uum.edu.my
2
Pusat Pengajian Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia
Email: nhsimah@uum.edu.my
3
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia,Universiti Malaysia Sarawak
Email: cljun@unimas.my
*
Corresponding Author
Article Info: Abstrak:
Article history:
Received date: 10.07.2019
Revised date: 24.07.2019
Accepted date: 10.09.2020
Published date: 15.09.2020
To cite this document:
Narawi, M. S., Ismail, N. H., & Lee, J.
C. (2020). Pantun Melayu Sarawak
Sebagai Wadah Penerapan Nilai
Tanggungjawab. International Journal
of Humanities, Philosophy and
Language, 3 (11), 19-31.
DOI: 10.35631/IJHPL.311003.
Pantun dalam budaya bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak
merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk
hiburan suatu ketika dahulu sekitar tahun 1960an. Kebiasaannya aktiviti ini
diadakan untuk memeriahkan lagi majlis kenduri seperti majlis kenduri
perkahwinan dan kenduri berkhatan yang diadakan di perkampungan
masyarakat Melayu. Pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan
bergendang ini berperanan sebagai medium untuk berhibur, menyampaikan
hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej
tertentu kepada pendengar atau penonton. Arus perubahan globalisasi yang
bergerak pantas antara penyebab aktiviti bermukun dan bergendang kurang
dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak.
Fenomena ini memungkinkan aktiviti ini akan berkubur dan hilang daripada
pengetahuan generasi baharu. Menyedari akan kepentingan aktiviti bermukun
dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan aktiviti bermukun
dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan
bertujuan mengenal pasti budaya bermukun dan bergendang dalam masyarakat
Melayu Sarawak berupaya dilestarikan sebagai wadah untuk menerapkan nilai
tanggungjawab. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual,
pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan
bahawa budaya bermukun dan bergendang masyarakat Melayu Sarawak bukan
sahaja sebagai hiburan santai tetapi turut menerapkan nilai tanggungjawab
dalam kehidupan seharian. Tanggungjawab berkenaan bukan sekadar terhadap