The current issue and full text archive of this journal is available at https://muwafaqat.kuis.edu.my/index.php/journal Journal of Muwafaqat Vol. 5, No. 1, 2022, pp. 01-16 Faculty of Syariah and Law, Kolej Universiti Islam Antrabangsa Selangor Penyelesaian Pertikaian Alternatif Secara Runding Cara ke Atas Kes Tunggakan Nafkah di Era Pandemik Covid-19 di Mahkamah Syariah Pulau Pinang Consultation As The Alternative Dispute Resolution For Maintenance Arrears Cases During Covid 19 Pandemic In Penang Syariah Court MOHD HAZWAN ISMAIL Calon Ph.D Syariah (Fiqh dan Perundangan Islam) Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang hazwanismail@student.usm.my JASNI SULONG Prof. Madya, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang jasni@usm.my ABSTRAK Kewajipan memberi nafkah terletak pada si suami kepada isterinya, bekas suami kepada bekas isterinya dalam tempoh iddah dan bapa kepada anaknya. Bagi si bapa, nafkah perlu dibayar sehinggalah anak tersebut meningkat dewasa. Si penanggung nafkah perlu bekerja untuk mendapatkan wang bagi memenuhi keperluan nafkah. Walau bagaimanapun pada Disember 2019, dunia telah dilanda pandemik Covid-19 yang bermula dari negara China dan merebak sehingga ke Malaysia. Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 bagi mengelak daripada penularan tersebut. Pelbagai sektor ekonomi ditutup termasuk peniaga- peniaga kecil dan juga pekerja kilang kecuali sektor yang penting sahaja seperti polis, bomba dan lain-lain yang masih boleh beroperasi. Akibat daripada itu, si suami, bekas suami atau bapa yang bekerja sendiri atau bekerja kilang tidak dapat keluar bekerja untuk mencari wang dan seterusnya nafkah tidak terbayar mengakibatkan tunggakan nafkah berlaku. Dalam kajian ini, metode yang digunakan adalah pengumpulan data iaitu kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Data statistik kes tunggakan nafkah dianalisis dan kes-kes dihuraikan bagi membincangkan penyelesaian kes sama ada berjaya atau sebaliknya. Hasil kajian mendapati, kes-kes yang tidak dihadiri untuk perbincangan dapat diselesaikan secara dalam talian iaitu melalui telefon. Penyelesaian tersebut mendapati sebanyak 75.71% kes yang berjaya diselesaikan dengan perbincangan kedua-dua pihak. Penyelesaian Pertikaian Alternatif (ADR) 01 _______________________ Submitted: 31 March 2022 Revised: 22 April 2022 Accepted: 27 April 2022 E-Published: 30 April 2022