GEOGRAFIA Online
TM
Malaysian Journal of Society and Space issue 6 (97 104)
© 2014, ISSN 21802491
Shamsuddin Man
1
, Noorazuan Md Hashim
2
, Asmala Hj Ahmad
3
, Khin Maung Thet
2
, Nurul Safiah Sidek
2
1
Department of Production Technology, German Malaysian Institute, 43000 Kajang, Selangor, ²Pusat Pengajian Sosial,
Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor,
ᶾJabatan Komputer Industri Fakulti Informasi dan Teknologi Komunikasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Correspondence: Shamsuddin Man (email: shamsuddin@gmi.edu.my)
Sistem Penuaian Air Hujan dianggap sebagai Kaedah Pengurusan Terbaik atau "Best Management Practice
(BMP)" yang diamalkan di Malaysia. Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan aliran air larian
permukaan malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif yang percuma dan selamat
digunakan. Terdapat juga pandangan yang mengatakan sistem tersebut tidak viable dan praktikal memandangkan
kos binaan dan penyelenggaraan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sistem berkenaan. Bagaimanapun,
terdapat beberapa kajian di dalam dan diluar negara menunjukkan faktor ‘return on capital’ atau ROC bagi sistem ini
hanyalah di dalam tempoh masa yang pendek, iaitu antara dua hingga tiga tahun. Artikel ini cuba meneliti tapak
pelaksanaan sistem berkenaan di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai makmal ujikaji khusus. Hasil
pengoperasian sistem analisis TANGKINAHRIM (2010), telah mendapati taburan hujan yang konsisten sepanjang
tahun, di samping keluasan tapak tadahan air yang besar dan mencukupi untuk kegunaan operasi pejabat di Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kebolehpercayaan terhadap sistem berkenaan adalah tinggi iaitu 89.3% dan didapati
saiz tangki yang optimum adalah di sekitar 60 hingga 65 meter padu air yang mampu diisi. Anggaran saiz berkenaan
adalah didapati bersesuaian dengan saiz tadahan, jumlah populasi (pengguna) dan juga perletakan lokasi yang
strategik.
bekalan air alternatif, BMP, kebolehupayaan sistem, NAHRIM, penuaian air hujan, tadahan
! ! "
"
Rainwater harvesting system is considered as a Best Management Method or Best Management Practices ( BMP )
in Malaysia. This system is not only meant to slow down the flow of runoff but also to serve as an alternative
source of water supply that is free and safe to use. Although there is the view that the system is not viable and
practical in terms of the construction and maintenance costs to users, there have been studies in and outside the
country which show that the return on capital ( ROC) of this system takes only between two to three years. This
paper examines the system performance at an experimental laboratory site in the Universiti Kebangsaan Malaysia
campus known as TANGKINAHRIM. The operation results of this analysis system have found consistent rainfall
throughout the year (2010) and a large water catchment site sufficient for the daily needs of the Faculty of Social
Sciences and Humanities. The reliability of the system was found to be high at 89.3%. Finally, the optimal water
tank size of 60 to 65 cubic meters was found to be appropriate for the size of the catchment and the total population
of users, signifying the strategic location of the laboratory site.
: alternative water supply, BMP, catchment, NAHRIM, rain harvesting, system reliability