Peningkatan Dan Pembentukan Semula Kurikulum Teknik Dan Vokasional Di Malaysia Untuk Mencapai Self-Actualization Nurul Nadya Binti Abu Bakar, Nadhirah Binti Ridzuan, Siti Nor Atiqah Binti, Abd.Padzil, Rohana Binti Hamzah, Muhammad Sukri Bin Saud ABSTRAK Kertas kerja ini dihasilkan untuk menerangkan tentang kurikulum teknik dan vokasional yang sedia ada di Malaysia kini dan pembentukan semula kurikulum baru yang dapat memenuhi self-actualization di kalangan pelajar. Perkembangan sistem pendidikan teknik dan vokasional boleh dilihat dari zaman penjajahan british sehingga zaman dunia tanpa sempadan memerlukan sebuah sistem kurikulum yang kukuh dan bersistematik untuk melahirkan pelajar yang memenuhi self-actualization di mana pelajar itu nanti akan mampu menjadi tenaga manusia dan pemimpin yang berjiwa merdeka, berjiwa besar, berkemahiran, berpengetahuan dan berpandangan jauh. Di dalam kertas kerja ini dibincangkan tentang kelemahan kurikulum teknik dan vokasional yang sedia ada, ciri-ciri insan self-actualization dan pembentukan semula kurikulum teknik dan vokasional baru yang dapat memenuhi self-actualization pelajar di Malaysia. Akhirnya satu model inovasi kurikulum telah direka untuk mencapai self-actualization dikalangan pelajar. ABSTRACT This paper describes the curriculum developed for technical and vocational education available in Malaysia now and the re-establishment of new curricula to meet the self-actualization in students. The development of technical and vocational education system can be seen from the British colonial period until the borderless world requires a sound system and systematic curriculum to produce students who meet the self-actualization in which the student will be able to manpower and leaders of the independence-minded, spirited large, skilled, knowledgeable and insightful. In this paper discussed the shortcomings of technical and vocational curriculum available, the characteristics of human self- actualization and the re-establishment of new technical and vocational education curricula that meet students' self-actualization in the Philippines. Finally, an innovative model curriculum has been designed to achieve self-actualization among students. Pengenalan Kurikulum dan bahan pelajaran, dikenali pula sebagai isi kandungan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran, merupakan hasilan kebudayaan intelek, dan pengalaman manusia berlandaskan teori epistemologi yang dikemukakan dari semasa ke semasa, dan melalui pengajaran guru, mengisi jiwa kognitif kanak-kanak dan remaja, agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan mereka secara licin dan tanpa gangguan.