Jurnal Psikologi Malaysia 34 (2) (2020): 53-66 ISSN-2289-8174 53 Faktor Risiko Tingkah Laku Relaps Dadah dalam Kalangan Pelatih Wanita di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) (Risk Factors of Drug Relapse Behavior among Female Clients in Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC)) Norruzeyati Che Mohd Nasir *1 , Mohammad Rahim Kamaluddin 2 Mohd Alif Jasni 1 1 Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial Universiti Utara Malaysia 2 Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia *Corresponding e-mail: [zeyati@uum.edu.my] The issue of drug addiction among women has shown a significant increased over the years. One of the issues related to drug addiction is drug relapse. Most studies on drug addiction focus on male clients and thus contribute to intervention strategies that appropriate for male. An effective intervention strategy must be client-based as well as gender-based intervention. Therefore, this study is aimed to explore the risks factors of drug relapse involving female clients in Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) Bachok, Kelantan. This study utilized qualitative research design, consisted of an in-depth interview with 11 informants, who are chosen based on the purposive sampling technique. The data obtained from the interview were analyzed using thematic analysis through Nvivo 10 software. There are three main themes emerged that explain the risk factors of drug relapse among women; employment issues, internal factors or emotional strain and push and pull factors from the informant's social system. This study proposes that intervention strategies should be holistic and integrative by incorporating a client’s ecological systems, namely micro, mezzo and macro levels. Emphasis should also be given to the client's psychological aspects. Keywords: risk factors, relapse behavior, drug addiction, female Masalah penagihan dadah adalah isu global yang sentiasa menarik perhatian ramai pihak kerana masalah ini boleh merencatkan keselamatan, ketenteraman awam dan pembangunan individu, keluarga, masyarakat serta negara. Di Malaysia, jumlah penagih dadah yang berjaya dikesan dalam tempoh lima tahun (2014 – 2018) ialah 130,478 kes dengan 125,633 kes (96.3%) melibatkan penagih lelaki manakala 4,845 kes (3.7%) penagih wanita (Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK), 2018). Walaupun bilangan penagih wanita adalah kecil, namun terdapat peningkatan kes dari tahun ke tahun, misalnya daripada 699 kes (2014) kepada 1,184 kes (2016). Jika tiada langkah pencegahan dan pemulihan yang khusus, kemungkinan lebih ramai wanita terjebak dengan penagihan dadah pada masa hadapan. Pengkaji menjangkakan penagih dadah wanita akan berkembang dengan cepat berbanding lelaki (Ridenour et al. 2005). Wanita didapati mempunyai risiko yang tinggi untuk bergantung kepada dadah, menggunakan dadah secara