ISSN 1823-9242 Jurnal Linguistik Vol.23(2) Disember 2019 (013-020) 13 www.plm.org.my JURNAL LINGUISTIK Vol. 23 (2) Disember 2019 (013-020) Penguasaan Penulisan Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Melayu Melalui Penggunaan Imitasi Norfazirah binti Zakaria 1 , Abd Rauf bin Hassan 2 , Nik Farhan binti Mustapha 3 , Mohd Sukki bin Othman 4 fazirah303@gmail.com 1 , raufhassan2011@gmail.com 2 , farhan@upm.edu.my 3 shauqi02@yahoo.com 4 Universiti Putra Malaysia, Malaysia _______________________________________________________________________________________ Abstrak Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan penguasaan penulisan karangan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Melayu melalui penggunaan imitasi. Kemahiran berbahasa secara umumnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan kemahiran menulis dalam bahasa kedua merupakan isu yang perlu diberi perhatian kerana kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang kompleks dan melibatkan integrasi pelbagai kemahiran (Mohd Uzaini & Muhammad Azhar, 2017). Turut dibincangkan di dalam kertas konsep ini ialah penggunaan imitasi bagi membantu pelajar Melayu menulis karangan dengan mudah. Imitasi adalah suatu proses kognitif untuk melakukan tindakan meniru atau menyalin gaya orang lain, tidak kira dari segi sikap, percakapan, penampilan serta apa jua tindakan dengan melibatkan pancaindera sebagai penerima rangsangan. Penulisan ini diharapkan dapat membantu para guru bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan membantu pelajar meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kata kunci: kemahiran menulis, penulisan karangan, pelajar Melayu, penggunaan Imitasi The Mastery Of Arabic Writing Skills Among Malay Students Through Using Imitation Abstract This concept paper aims to explain the mastery of Arabic language writing among Malay students through the use of imitation. Language skills are generally divided into four parts, namely listening skills, speaking skills, reading skills and writing skills. The mastery of writing skills in the second language is an issue that needs attention because writing skills are complex skill and involve the integration of various skills (Mohd Uzaini & Muhammad Azhar, 2017). Also discussed in this concept paper is the use of imitation to help Malay students writing essays easily. Imitation is a cognitive process to perform imitating or copying the style of others, regardless of attitude, conversation, appearance and any action by involving sensors as stimulus recipients. This writing is expected to help teachers to improve the quality of teaching and to help students improve their achievement in Arabic subjects. Keywords: writing skills, writing essays, Malay students, using Imitation Tarikh terima Received : 25 Okt 2019 Terima untuk diterbitkan Accepted : 30 Nov 2019 Tarikh terbit dalam talian Published online : 15 Dis 2019