© 2017 Sains Insani Sains Insani eISSN: [0127-7871] Perpaduan Etnik di Malaysia Menurut Ideologi Pendidikan ZA’BA Noor Aziera Mohamad Rohana 1 , Abdul Qayuum Abdul Razak 2 , Nuruul Hidayah Mansor 3 , Mohamad Shafiei Ayub 4 , Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah 5 1,2 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Melaka Kampus Jasin, Malaysia 3 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah, Malaysia 4 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Melaka Kampus Alor Gajah, Malaysia 5 Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban, Malaysia Progres Artikel Diterima: 7 Julai 2017 Disemak: 31 Ogos 2017 Diterbit: 2 September 2017 *Corresponding Author: Noor Aziera Mohamad Rohana, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM Melaka Kampus Jasin; Email: aziera7863@melaka.uitm.edu.my Abstrak: Artikel ini bertujuan mengkaji perpaduan kaum di Malaysia berdasarkan ideologi pendidikan ZA’BA. Objektif kajian adalah untuk mengkaji keadaan hidup masyarakat pelbagai etnik di Tanah Melayu sekitar abad ke-19M. Selain itu, ia turut bertujuan menganalisis ideologi pemikiran pendidikan ZA’BA berdasarkan kegiatan ekonomi berasaskan etnik. Di samping itu, kajian juga menilai perkembangan pendidikan ke arah perpaduan etnik dan pembangunan negara tanpa diskriminasi terhadap mana-mana etnik. Metodologi kajian yang digunakan ialah kajian kepustakaan menerusi kaedah analisis dokumen. Kajian menunjukkan bahawa jurang ekonomi boleh berlaku kesan daripada pengabaian terhadap aspek pendidikan. Pendidikan merupakan tunggak ketamadunan yang menjamin pembangunan negara melalui perpaduan etnik. Pemerhatian ZA’BA terhadap pelaksanaan ekonomi berasaskan etnik merupakan masalah dan punca utama kepada perpaduan kaum. Ia sekaligus menjadi membantu ke arah masyarakat Melayu dalam mengubah cara hidup, seterusnya menjadi asas kepada perpaduan etnik dan pembangunan negara Malaysia hari ini. Kata kunci: Kepelbagaian etnik, ekonomi, pendidikan, perpaduan Abstract: This article examines the racial unity in Malaysia based on ZA’BA’s educational ideology. The objective of this study aims at revealing the living conditions of the ethnic communities in Malaya around the 19 th century. It also analyzes the ideological thinking ZA’BA education based on ethnic-based economic activities. In addition, the study will also assess the development of education towards ethnic unity and development of the country without discrimination against any ethnic. This study used the method of a literature review by means of document analysis. The study found that the economic gap can occur as a result of neglecting education. Education is a pillar of civilization that ensures the country's development through ethnic unity. ZA’BA observations are on the implementation of the ethnic-based economy is a problem and the leading cause of unity. It served as an aid towards the Malay community in a changing way of life, then to the basis of ethnic unity and development of the Malaysia today. Keywords: Ethnic diversity; economic; education; unity Pengenalan Dasar pelaksanaan kerajaan kolonial Inggeris melalui sistem Pecah dan Perintah dalam sejarah Tanah Melayu mewujudkan ketidakseimbangan sosial antara Melayu dan bukan Melayu. Kesan ini ketara dilihat dalam kesemua aspek, antaranya ialah aspek ekonomi. Sejarah ini meletakkan kedudukan masyarakat Melayu agak jauh ketinggalan berbanding etnik lain di Tanah Melayu, iaitu Cina dan India. Hal ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistem pemerintahan kerajaan,