How to cite this article: Asalal, N. Z., & Wahab, H. A. (2020). Pemahaman dan halangan pelajar program kerja sosial terhadap kurikulum asas kerja sosial: Kepelbagaian klien. Jurnal Pembangunan Sosial, 23, 53-78. https://doi.org/10.32890/jps2020.23.4 Pemahaman dan Halangan Pelajar Program Kerja Sosial terhadap Kurikulum Asas Kerja Sosial: Kepelbagaian Klien (Understanding and Barriers among Student of Social Work Programs on the Basic Curriculum of Social Work: Diversity of Clients) NURZAIMAH BINTI ASALAL & HARIS ABD WAHAB Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya nurzaimahasalal@yahoo.com Received: 25/10/2020 Revised: 7/6/2020 Accepted: 23/12/2020 Published: 30/12/2020 Abstrak Kurikulum asas kerja sosial merupakan garis piawaian dalam pendidikan kerja sosial. Salah satu aspek yang perlu dalam kurikulum asas kerja sosial adalah aspek memahami kepelbagaian klien. Dalam konteks Malaysia, kepelbagaian kaum, etnik, budaya dan agama memerlukan pelajar program kerja sosial memahami dan menerima kepelbagaian tersebut agar mereka kompetensi dalam praktis kerja sosial. Satu kajian telah dilaksanakan untuk mengetahui pemahaman dan halangan pelajar terhadap kepelbagaian klien yang melibatkan seramai 279 pelajar tahun akhir program kerja sosial di enam buah universiti awam, Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan analisis data menggunakan program SPSS versi 23 menerusi ujian Jadual Silang untuk menilai tahap antara pemboleh ubah. Sebanyak sembilan item dikenal pasti dalam pengkajian ini iaitu Jurnal Pembangunan Sosial Jilid 23: 53-78