Special Issue: Vol. 18. No.4 (2021). 148-162. ISSN: 1823-884x Theme: New Media, Culture anda Social Learning 148 PROSEDUR TERJEMAHAN UNSUR BUDAYA EKOLOGI DALAM AL-QURAN (A Procedure Translation of Ecological Cultural Elements in the Qur'an) Ahmad Jalaluddin Al-Islami Bin Moh Shin, Muhammad Arsyad Bin Abdul Majid & Norhazlina Bt Husin ABSTRAK Penterjemahan merupakan proses mentafsir sesuatu teks dan menghasilkan semula teks tersebut dari bahasa sumber ke bahasa sasaran. Sesuatu teks yang mengandungi unsur-unsur budaya pula memberi cabaran terbesar kepada penterjemah untuk menghasilkan terjemahan yang tepat. Ekologi yang merangkumi flora dan fauna merupakan unsur yang penting dalam sesebuah budaya. Oleh itu, unsur budaya ekologi dalam al-Quran perlu ditafsirkan dengan tepat dan jelas agar maksud sebenar dapat difahami dan dihayati oleh pembaca. Kajian ini membincangkan strategi penterjemahan unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dan terjemahannya ke bahasa Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti unsur budaya ekologi fauna yang terdapat dalam kedua-dua teks dan menganalisis prosedur terjemahan yang digunakan oleh penterjemah untuk menterjemah unsur budaya ekologi fauna tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan untuk mendapatkan data. Kategori unsur budaya oleh Newmark (1988) dan strategi terjemahan yang dikemukakan oleh Vinay dan Darbelnet (1995) digunakan dalam kajian ini. Sebanyak lapan sampel dipilih secara rawak untuk dianalisis. Kajian ini mendapati unsur budaya ekologi yang terdapat dalam al-Quran dapat diterjemahkan ke bahasa sasaran. Hasil kajian menunjukkan penterjemah menggunakan lima prosedur terjemahan iaitu prosedur literal, pinjaman, transposisi, persamaan dan penyesuaian. Penterjemah juga turut menggabung dua prosedur untuk menterjemahkan unsur budaya ekologi fauna iaitu prosedur literal dengan persamaan dan prosedur literal dengan transposisi. Dapatan kajian menunjukkan pemilihan prosedur tejemahan yang betul dapat membantu penterjemah memberi terjemahan yang tepat di samping dapat mengurangkan kesilapan semasa menterjemah. Kata kunci: penterjemahan al-Quran, budaya ekologi, strategi penterjemahan. ABSTRACT Translation is the process of interpreting a text and reproducing the text from the source language to the target language. A forgotten text that has no culture also presents the greatest challenge to the translator to produce an accurate translation. Therefore, neither ecological culture in the Qur’an needs to be interpreted accurately and clearly so that the real meaning can be understood and appreciated by the reader. This study discusses the translation strategies of ecological culture found in the Quran and its translation into Malay. The objective of this study was to identify the ecological culture found in both texts and to analyze the translation procedures used by translators to translate and such ecological culture. This study is a