Jurnal al-Turath; Vol. 6, No. 2; December 2021 e-ISSN 0128-0899 12 Received:01 July 2021; Accepted: 10 September 2021 Perbezaan Isu Al-Jarh Dan Al-Ghibah Menurut Disiplin Ilmu Sanad Abu Dzar Ahmad 1 , Mohammad Haafiz Aminuddin Mohd Azmi 2 & Muhamad Razif Ahmad 3 1, 2, 3 Jabatan Quran dan Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) ibnu_ahmad_dac@yahoo.com (Corresponding email) Abstrak Al-Jarh wa al-Ta c dil merupakan ilmu dan penilaian pakar dalam bidang hadis yang menjustifikasi status perawi dalam kitab-kitab muktabar hadis. Kaedah dalam ilmu al-Jarh sememangnya berunsurkan kritikan penilai yang mengkritik perawi berdasarkan kriteria yang dinilai para nuqqad. Namun, masyarakat tidak didedahkan mengenai ilmu al-Jarh yang mengklasifikasi isu-isu berkaitan lafaz kritikan perawi di samping menerangkan masyarakat mengenai kritikan perawi itu dibenarkan agama. Justeru, untuk menarik perhatian orang awam isu al-Jarh perlu dirungkai melalui penjelasan pengkritik hadis dan menerangkan perbezaan dengan al-Ghibah. Oleh itu, artikel ini menggunakan pendekatan deskriptif dan tematik berasaskan kajian kualitatif. Hasil kajian ini mendapati bahawa kepakaran para nuqqad bukan sekadar menghukum perawi dengan istilah al-Jarh tanpa alasan yang konkrit. Bahkan kritikan yang diungkap sebenarnya mempunyai objektif setiap pendekatan dalam kaedah bertujuan menjaga keabsahan sumber dalil di samping menyingkap para perawi dari sudut al-Dabt wa al- c Adalah. Kata Kunci: Al-Jarh, Al-Ghibah, disiplin ilmu sanad. Difference Between The Issue Of Al-Jarh And Al-Ghibah According To The Discipline of Sanad Abstract Al-Jarh wa al-Ta c dil is a science and expert assessment in the field of hadis that justifies the status of the narrator in the books of hadis muktabar. The method in the science of al-Jarh is indeed based on the critique of the evaluator who criticizes the narrator based on the criteria evaluated by the nuqqad. However, public views were not disclosed about science of al-Jarh on the classified issues related to the narrator next to explaining to the community about criticizes the narrator of religious justification. Thus, in order to attract the attention of the public the issues in al-Jarh need to be dissected through the explanations of hadis critics and make explains the difference with al-Ghibah. Therefore, this article using descriptive and thematic approaches based on qualitative research. The results of this study found that the expertise of the nuqqad is not just to punish the narrator with the term al-Jarh without concrete reason even the criticism expressed actually has an objective in each approach in the method aims to maintain the validity of the source of evidence while revealing the narrators from the point of view of al-Dabt wa al- c Adalah. Keywords: Al-Jarh, Al-Ghibah, perbezaan, discipline of sanad 1. Pendahuluan Pemikiran dan kecenderungan ideologi dalam ilmu hadis semakin menjadi perhatian masa kini. Bahkan ilmu yang menyentuh bab al-Jarh wa al-Ta c dil juga semakin diminati masyarakat awam yang dahulunya istilah tersebut agak asing pada pendengaran komuniti. Rentetan itu, ilmu berkaitan al-Jarh wa al-Ta c dil dpelopori