Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, Vol. 8, 2019 (17-23) ISSN 2289-3032 / eISSN 2550-178X http://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK 17 PERKEMBANGAN EMOSI KANAK-KANAK MENGGUNAKAN KAEDAH PENGAJARAN BERASASKAN AKTIVITI MUZIK The Emotional Development of Children by Using Art-based Music Activity Mohamad Albaree Abdul 1 , Hazhari Ismail 2 , Iylia Mohamad 3 , & Zaharah Osman 4 Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak, Malaysia 1,2,3,4 albaree@fpm.upsi.edu.my 1 , hazhari@fpm.upsi.edu.my 2 , iylia@fpm.upsi.edu.my 3 , & zaharah@fpm.upsi.edu.my 4 DOI: https://doi.org/10.37134/jpak.vol8.3.2019 Received: 09 October 2019; Accepted: 20 November 2019; Published: 23 December 2019 ABSTRAK Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah untuk mengurus dan mengawal emosi dengan baik. Isu ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan orang dewasa yang menyebabkan kanak-kanak sering menunjukkan tingkah laku tidak terkawal, tekanan, dan kemurungan. Melalui pengajaran berasaskan aktiviti muzik, emosi kanak-kanak dapat dibentuk dengan baik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik di sebuah tadika di Puncak Alam, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan secara kualitatif yang berbentuk kajian kes. Sampel kajian melibatkan enam orang kanak-kanak yang terdiri daripada tiga orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanak- kanak perempuan yang berumur lima tahun, dan seorang guru tadika. Instrumen kajian ialah borang senarai semak untuk mengenal pasti perkembangan emosi kanak-kanak sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan aktiviti pengajaran muzik, dan soalan temu bual untuk mendapatkan pandangan guru terhadap perkembangan emosi kanak-kanak menggunakan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik. Dapatan kajian menunjukkan pelaksanaan kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik memberi impak yang positif dalam membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Oleh itu, kaedah pengajaran berasaskan aktiviti muzik wajar digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi membantu kanak-kanak mencapai perkembangan emosi yang memuaskan. Kata kunci: perkembangan emosi, aktiviti muzik, kanak-kanak ABSTRACT Children are always facing problems regarding how to manage and control their emotions effectively. This issue has not seemed as a headline for adults, which could cause the misbehavior, stress and depression of children. Through the learning process by using art-based music activity, children’s emotions could be shaped better. Therefore, this research was aimed to identify the emotional development of children by using art-based music activity in the preschool at Puncak Alam, Selangor. The design of this study is qualitative research in the form of case studies. The sample of the study involved six 5 years old children where 3 girls and 3 boys, and a kindergarten teacher. The instrument of study is checklist form was used to see the emotional development of children in three different settings; pre, peri and post-teaching and learning of music activity, and interview session was held with a kindergarten teacher in order to gain their perception on this matter. Findings showed that art-based learning for music activity could have a positive impact to help the emotional development of children. Hence, art-based learning for music activity would be used by teachers in the teaching and learning process to help children achieve satisfactory emotional development. Keyword: emotional development, music activity, children