Fikiran Masyarakat, Vol. 7, No. 1, 2019
ISSN No. 2338-512X
Manuscript received 21 June 2019, revised 3 December 2019 11
Copyright©2019 Kemala Publisher. - All rights reserved
Kemala Indonesia
Pengkaryaan Najib al-Kilani dalam
c
Azra’ Jakarta
menurut Perspektif Takmilah
(The portrayal of Najib al-Kilani on
c
Azra’ Jakarta
according to the Takmillah Perspective )
Zakiyatul Mahmudah, Zulkarnain Mohamed
Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600, UKM Bangi Campus, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
E-mail: dzaky.mahmudah@gmail.com;nain@ukm.edu.my
_______________________________________________________________________
Abstrak - Najib al-Kilani (1931-1995) merupakan sasterawan muslim Mesir yang telah
banyak menghasilkan karya sastera Islam semasa hidupnya. Melalui karyanya itu, al-
Kilani dianggap sebagai salah seorang sasterawan yang sukses dalam mengedepankan
hak-hak umat Islam serta mengutamakan penggunaan elemen-elemen kretiviti
penceritaan yang bersesuaian dengan tasawwur Islam. Bahkan, dalam dunia sastera
Islam ia juga dikenali sebagai pelopor sastera Islam. Berdasarkan hal tersebut, penulis
melihat adanya kerelevanan sosok Najib al-Kilani untuk dibahas kembali dari segi
pengkaryaannya dalam membangun penceritaan berdasarkan tasawwur Islam.Dengan
memilih salah satu novel karya al-Kilani yang mengangkat sejarah umat Islam di
Nusantara iaitu
c
Azra’ Jakarta, maka wajar jika kajian ini akan menggunakan kritikan
sastera tempataniaitu teori Takmilah yang diusung oleh Shafie Abu Bakar, seorang
sasterawan dan kritikus asal Malaysia bagi memperlihatkan pengkaryaan al-Kilani
sebagai pengarang yang mengemukakan unsur-unsur Islam. Selain itu, tujuan
penggunaan teori ini adalah untuk melihat kesesuaian gagasan sastera Islam yang
dibawa al-Kilani dalam karyanya dengan gagasan sastera Islam di Nusantara. Adapun
hasil kajian ini mendapati bahawa kandungan novel
c
Azra’ Jakarta memiliki kesesuaian
dengan gagasan takmilah dalam mengemukakan tasawwur Islam pada aspek karya.
Sementara itu, tasawwur Islam yang dinyatakan juga bertepatan dengan keempat-empat
prinsip Takmilah iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal, prinsip kerasulan sebagai
insan kamil, prinsip keislaman yang bersifat akmal dan prinsip ilmu dengan sastera
yang bersifat takamul.
Kata Kunci: Pengkaryaan, Najib al-Kilani,
c
Azra’ Jakarta, Takmilah, Sastera Islam.
Abstract – Najib al-Kilani (1931-1995) was an Egyptian Muslim litterateur who had
produced numerous Islamic literary works throughout his life. Through his work, al-
Kilani is regarded as one of the most successful litterateur in advocating for the rights of
Muslims as well as his emphasis on the use of elements of narration in the context of
Islam. In the Islamic literature world it is also known as a pioneer of Islamic literature.
Based on this, the author sees the relevance of Najib al-Kilani's character to reiterate in
his work in constructing a story based on Islamic propaganda. This study will use the
local literary criticism of the Takrilah theory developed by Shafie Abu Bakar, a
Malaysian literary critic, and critic to show the work of al-Kilani is the author of Islamic
elements. In addition, the purpose of using this theory is to see the relevance of the idea
of Islamic literature brought by al-Kilani in his work to the idea of Islamic literature in
brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
provided by Fikiran Masyarakat