Jurnal Pengurusan 54(2018) 155 – 164 https://doi.org/10.17576/pengurusan-2018-54-13 Meneroka Dinamik Perhubungan dalam Kumpulan Projek (Exploring Relationship Dynamic in Project Team) Zaleha Yazid Norazila Mat (Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia) ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk meneroka tentang perhubungan antara ahli dalam kumpulan projek di dalam organisasi. Kumpulan projek diwujudkan dengan mengumpulkan pakar dalam pelbagai bidang bagi menyempurnakan sesuatu tugasan. Ini membantu meningkatkan produktiviti dengan cara memanfaatkan perkongsian maklumat dan pengetahuan oleh para pakar berkenaan dalam melaksanakan tugasan. Namun perkara penting dalam pengoperasian kumpulan projek ialah perhubungan yang baik di antara ahli kumpulan. Perhubungan merupakan satu jaringan sosial yang terbina di antara individu yang melibatkan perasaan, kerjasama dan kebergantungan antara satu sama lain. Apabila bekerja dalam satu kumpulan, perhubungan perlu dititikberatkan untuk memastikan ahli dapat bekerjasama dengan baik. Ini akan mendorong ke arah kumpulan projek yang efektif. Namun kajian berkaitan dengan dinamik perhubungan masih kurang mendapat perhatian daripada pengkaji, khususnya dalam konteks kumpulan projek. Maka kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi perhubungan ahli dalam kumpulan projek. Kaedah kualitatif telah digunakan yang mana temu duga separa berstruktur dijalankan dengan melibatkan 15 orang peserta kajian dari dua organisasi di Malaysia. Dapatan kajian telah mengenal pasti tiga faktor yang saling mempengaruhi perhubungan dalam kumpulan projek iaitu: usia, komunikasi dan komitmen. Kata kunci: Perhubungan; kumpulan projek; kualitatif ABSTRACT This study was conducted to explore the relationship between members within project team in organization. Project team is formed by gathering experts from various departments in an organization to work together in order to perform a specifc task. It increases productivity by leveraging the sharing of information and knowledge by experts in their respective felds in carrying out their tasks. The most important aspect in the process of a project team is good relationship among the members of the team. Relationship is a social network built up among individuals that involve feelings, co-operation and dependence on one another. When working in a team, relationships need to be emphasized to ensure that the team members work well together. This will ensure an effective teamwork. However, studies on the dynamics of relationship are still lacking, particularly in the context of a project team. Thus, this study was conducted to identify the factors that infuence the relationship of members in a team. Qualitative methods have been used where semi-structured interviews are conducted, involving 15 participants from two organizations in Malaysia. The fndings have identifed three factors that infuence each other in a project team: age, communication and commitment. Keywords: Relationship; project teams; qualitative PENGENALAN Kepentingan kumpulan kerja di dalam organisasi telah banyak dibincangkan oleh penyelidik terdahulu (cth. Mickan & Rodger 2000; O’Neill & Salas 2018) yang mendapati pekerjaan yang dilakukan di dalam kumpulan adalah lebih efsien dan efektif berbanding yang dilakukan secara individu. Namun, masalah dalam setiap kumpulan seperti perhubungan antara ahli kumpulan tidak dapat dielakkan (Druskat & Kayes 2000). Hal ini mendatangkan kesan yang negatif kepada sesebuah organisasi. Sebagai contoh, apabila berlaku konfik seperti perselisihan pendapat, jika tidak ditangani dengan baik, akan menyebabkan timbulnya beberapa isu seperti isu kepercayaan dan integriti yang mengakibatkan ketidakserasian perhubungan antara rakan sekerja (Simons & Peterson 2000). Ketidakserasian ini akan mengakibatkan kesan yang lebih buruk seperti ketidakadilan dalam pembahagian tugas, hasil kerja yang dibuat tidak sempurna, kurang kerjasama antara ahli, berlaku penangguhan terhadap kerja yang ditugaskan dan kurangnya komunikasi di antara satu sama lain. Perhubungan yang renggang antara ahli kelak akan menimbulkan kegagalan untuk memahami antara satu sama lain dan akan mengakibatkan tugasan yang diberikan tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna (O’Leary, Mortensen & Woolley 2011). Ini sekaligus akan memberi kesan yang buruk terhadap pencapaian organisasi (Evans & Davis 2005). Terdapat pelbagai jenis kumpulan kerja yang dipraktikkan di dalam organisasi pada masa kini contohnya, kumpulan pengurusan (Management Team), JP 54(2018) Bab 13.indd 155 5/8/2019 9:39:39 AM