65 Jurnal Personalia Pelajar 18(1)(2015): 65 - 73 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Perisian XTech dalam Kaedah Pengajaran Kursus Pengurusan Operasi dan Sains Pengurusan (Students’ Perceptions on XTech Usage in the Teaching Method for Operations Management and Science Management Courses) ROSHAYATI ABDUL HAMID, NOOR HASNI JUHDI, NORAZILA MAT & ROSHIDAH ABDUL WAHAB ABSTRAK Kursus Sains Pengurusan dan Pengurusan Operasi adalah kursus yang mengajar pelajar menyelesaikan masalah dan membuat keputusan perniagaan dengan menggunakan teknik kuantitatif. Sangat penting dikuasai oleh pelajar sebagai persediaan untuk ke alam pekerjaan. Permasalahan yang timbul adalah pelajar masih lemah dalam menguasai penyelesaian masalah secara kuantitatif. Kelemahan ini secara umumnya berpunca daripada kaedah pengajaran yang lebih tertumpu kepada kaedah manual. Kaedah ini sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelajar kerana pendekatan yang digunakan melibatkan proses jalan kerja yang terlalu panjang. Oleh itu, adalah wajar untuk melakukan penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran dan pembelajaran kursus Sains Pengurusan dan Pengurusan Operasi dengan membangunkan perisian XTech. Maka, kajian ini bertujuan untuk menilai sejauh mana penggunaan perisian XTech dapat membantu pelajar memahami cara mudah dan sistematik dalam teknik penyelesaian masalah yang berasaskan model kuantitatif. Kajian ini juga ingin menilai persepsi mudah guna dan kebergunaan perisian XTech serta hasrat tingkah laku mereka untuk menggunakannya. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pelajar selepas menggunakan perisian Xtech dan pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap kebolehgunaan, mudah digunakan dan hasrat untuk menggunakan perisian Xtech. Kata kunci: Persepsi pelajar, hasrat tingkah laku, perisian XTech, ABSTRACT Management Science and Operations Management are among the courses that teaches students to solve business problems and decision making using quantitative techniques. It is very important to be mastered by students as preparation for future employment. The problem is, students still weak in mastering this quantitative techniques. The weakness is generally due to the teaching method that is more focusing on manual method. This method often causes confusion among students because the approaches are too long. Thus, it is desirable to make improvements to the teaching and learning of Management Science and Operations Management courses by developing a new software called XTech. Therefore, this study aimed to evaluate to what extend the use of XTech can help students’ to understand a systematic problem solving techniques based on quantitative model. In additional, this study will evaluate students’ perception of usefulness and easy of use of the software as well as their behavioral intention towards XTech. The results showed an increase in student achievement after using the software XTech and students also have a positive perception of usefulness, ease of use and intention to use the software Xtech. Keywords: Students’ perception, behavioral intention, XTech software. brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository