83 A GLIMPSE OF KELANTANESE MAK YONG FROM THE PAST TO THE PRESENT CHONG LEE SUAN,* TONY RUDYANSJAH** leesuan@umk.edu.my Abstrak Kajian ini bertujuan untuk meneroka sejarah Mak Yong Kelantan secara ringkas dan melihat beberapa perubahan sepanjang dekad sebelum ia merosot secara beransur-ansur pada abad ke-20. Penulisan ini bermula dengan pengenalan ringkas Mak Yong Kelantan dan kemudian mengesan pengaruh animisme dan Islam yang menentukan perubahan kontekstual dan kandungan cerita dalam persembahan Mak Yong. Dalam keadaan di mana Mak Yong menghadapi kekurangan pewaris, kekurangan penghibur, dan larangan dari prinsip dan undang-undang Islam, seni warisan ini tidak lagi diamalkan sebagai sebahagian dari rutin hiburan dalam kampong dan jalinan kerjasama di antara penggiat Kelantan dan Terengganu Mak Yong menjadi intim dan diperlukan. Untuk terus hidup, ia perlu mencari penyelesaian untuk menyesuaikan rangka konsep animisme-Islam dengan tafsiran semula daripada bomoh yang berpengetahuan dalam spiritual. Kata Kunci: Mak Yong, Seni Warisan Kelantan, Warisan Dunia UNESCO ________________________________________________________________________________________________________ * Pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan, Universiti Malaysia Kelantan, Malaysia ** Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan Antropologi, Universitas Indonesia