Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019 ______________ e-Prosiding SMTComm’19 (e-ISBN 978-967-16435-5-6) 191 PERBEZAAN FAKTOR DEMOGRAFI TERHADAP EMOSI KOMUNIKATOR DAN EKSPRESI BUDI BAHASA DALAM KOMUNIKASI ATAS TALIAN REMAJA Romlah Ramli 1 1 Universiti Utara Malaysia, romlah@uum.edu.my ABSTRAK Perkembangan komunikasi atas talian terutama remaja adalah relevan untuk dikaji. Faktor emosi dan budi bahasa antara pembolehubah yang signifikan dalam kajian ini. Analisis perbezaan faktor jantina dan bangsa merupakan objektif utama kertas kerja ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik kepada seramai 395 remaja di Pulau Pinang. Kaedah analisis data adalah dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang nyata antara faktor jantina dan emosi komunikator namun sebaliknya terjadi terhadap perbezaan bangsa dan emosi komunikator. Hasil lain, perbezaan yang signifikan antara faktor jantina dan bangsa terhadap faktor budi bahasa. Kata kunci: Budi Bahasa, Emosi Komunikasi, Komunikasi Remaja PENGENALAN Platform komunikasi melalui atas talian juga dapat merealisasikan pilihan gaya komunikasi komunikator dalam aktiviti sosial dengan rakan-rakan yang lain. Oleh yang demikian, secara sedar atau tidak komunikasi online adalah pilihan peribadi pengguna berkenaan (Romlah, 2013). Kajian ini melihat perkembangan tahap pendedahan dan kemudahan media sosial dengan emosi komunikasi dan tahap budi bahasa di Malaysia. Perkembangan ciri media sosial telah membolehkan media sosial digunakan menyumbang kepada perubahan penggunaan dan pendedahan media kepada mereka. Oleh yang demikian, kemudahan ini dilihat juga menjadikan situasi perubahan gaya komunikasi dan budi bahasa. Apakah ianya penyebab utama? Adakah ianya mempunyai hubungan yang kukuh antara perkara berikut? Pengguna ruang siber dikatakan menghadapi kesukaran dalam mengendalikan dan menguruskan teknologi dengan bijak, kata Khaidzir (2010) dan berkomunikasi dengan orang lain sering disalahgunakan. Ketidaksopanan terjadi dengan lebih mudah kerana teknologi memungkinkan perkara ini berlaku. Oleh itu, bercakap atau berkomunikasi secara halus, dan tidak kasar adalah menjadi tonggak dalam menilai tahap budi bahasa seseorang. Budaya, orang yang berkomunikasi dengan halus adalah wajar sebagai orang yang mempunyai budi bahasa positif. Soalan-soalan yang berkaitan dengan isu ketidaksopanan di ruang siber adalah seperti berikut: apakah remaja membpraktikkan bahasa-bahasa kesat dalam media sosial? Apakah tahap penggunaan berkenaan? Apakah kesan kepada mereka? Dari kajian yang lalu, kebanyakkan pengguna media sosial terutamanya remaja mengambil mudah dalam proses pemaparan diri mereka (Hargittai, 2007) dengan mengabaikan kesesuaian budi bahasa. Walau bagaimanapun, dengan asas tamadun masyarakat di Malaysia, adakah mereka yang terlibat dengan tahap budi bahasa dan komunikasi atau antara kumpulan yang berbeza latar belakang pengguna di Malaysia? Oleh brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository