Volume 6 Issue 26 (December 2021) PP. 23-38 DOI 10.35631/IJLGC.626003 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 23 INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC) www.ijlgc.com PANDEMIK COVID-19: PENDEKATAN KERAJAAN MALAYSIA DALAM MENGURUS KESELAMATAN NEGARA COVID-19 PANDEMIC: THE MALAYSIAN GOVERNMENT'S APPROACH IN MANAGING NATIONAL SECURITY Muhammad Farhan Izhar 1 , Ishak Haji Abd Rahman 2* , Azmi Aziz 3* 1 Faculty of Economy and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia 2 Faculty of Economy and Management, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Email: haq@ukm.edu.my 3 Faculty of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia Email: abaz@ukm.edu.my * Corresponding Author Article Info: Article history: Received date: 12.09.2021 Revised date: 19.09.2021 Accepted date: 05.11.2021 Published date: 01.12.2021 To cite this document: Izhar, M. F., Abd Rahman, I., & Aziz, A. (2021) Pandemik Covid-19: Pendekatan Kerajaan Malaysia Dalam Mengurus Keselamatan Negara. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (26), 23-38. DOI: 10.35631/IJLGC.626003. This work is licensed under CC BY 4.0 Abstrak: Koronavirus Sindrom Pernafasan Akut Teruk 2 (SARS-CoV-2) atau lebih dikenali sebagai Covid-19 mula dikesan pada 17 November 2019 di wilayah Hubei, China dan diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Sehingga 1 November 2020, pandemik Covid-19 telah merebak ke 215 buah negara di seluruh dunia di mana jumlah kes yang direkodkan adalah 45,942,902 kes dan 1,192,644 bilangan kematian. Di Malaysia, sebanyak 31,548 kes dan 249 telah kematian direkodkan. Pandemik Covid-19 telah menyebabkan kelumpuhan ekonomi dan menjejaskan kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Objektif utama yang akan dibincangkan di dalam artikel ini adalah mengenai pendekatan kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19. Analisis kajian di dalam artikel ini melibatkan kaedah pengumpulan maklumat melalui rujukan-rujukan di dalam laman web, e-jurnal, e-akhbar dan laporan-laporan yang berkaitan.Hasil kajian menunjukkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengambil dua pendekatan utama dalam mengurus keselamatan negara iaitu melalui kesihatan dan ekonomi rakyat. Pendekatan kesihatan adalah melalui usaha membendung wabak Covid-19 daripada terus merebak di dalam negara yang boleh mendatangkan impak buruk kepada ekonomi dan sosial rakyat Malaysia. Seterusnya, pendekatan ekonomi melibatkan rakyat yang Pakej Rangsangan Ekonomi Rakyat yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak Covid-19 dan memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan. Pendekatan ini telah berjaya mengekalkan keamanan negara sekaligus mengelakkan berlakunya perkara perkara yang boleh menjejaskan