1 Padanan Makna Peribahasa Melayu dan Cina 马华成语对 - Huruf N-O (12/17) Diselenggara oleh Ding Choo Ming Nota pendahuluan Ini adalah bahagian dua belas daripada 17 bahagian peribahasa Melayu dengan padanan maknanya dengan peribahasa Cina, maka ditandakan A (1/17). Begitulah juga dengan penandaan bahagian yang lain-lain, yang disusun berabjad A-Z seperti yang berikut: A (1/17), B (2/17), C (3/17), D (4/17), E-G (5/17), H (6/17), I (7/17), J (8/17), K (9/17), L (10/17), M (11/17), N-O (12/17), P (13/17), R (14/17), S (15/17), T (16/17) dan U-Z (17/17). Anda juga dinasihati untuk merujuk penerangan yang diberi dalam bahagian kata pendahuan untuk keterangan lanjut tentang teknik kepengarangan peribahasa Melayu dan Cina, tentang perbezaan dan persamaan dalam peribahasa Melayu dan Cina dan-lain. Nafsu nafsi, raja di mata sultan di hati. Bertindak kut perhitungan sendiri, tanpa menghirau teguran atau nasihat orang lain. 从心所欲; 意气用事; 横行无忌; 横行霸道. (=1. Beraja di hati bersultan di mata; 2. Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan; 3. Mensiang yang baru dicari, kampil telah sudah dahulu; 4. Orang berdendang di pentasnya, orang menari di ladangnya; 5. Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh sahaja). Nafsu tidak bertepi. Keinginan manusia tidak ada batasnya. 得无厌; 人心不足蛇吞象, 贪心不足吃月亮; 贪心无厌; 人心高过天, 了皇帝想成仙. (=1. Beri betis hendak paha; 2. Dibenar duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah; 3. Diberi sejengkal hendak sehasta; diberi sehasta hendak sedepa; 4. Tiada lukah yang kenyang oleh air; 5. Yang rendah terpendek sangat, yang tinggi terunjur sangat).