1 Padanan Makna Peribahasa Melayu dan Cina 马华成语对 – 照 Huruf L (10/17) Diselenggara oleh Ding Choo Ming Nota pendahuluan Ini adalah bahagian kesepuluh daripada 17 bahagian peribahasa Melayu dengan padanan maknanya dengan peribahasa Cina, maka ditandakan A (1/17). Begitulah juga dengan penandaan bahagian yang lain-lain, yang disusun berabjad A-Z seperti yang berikut: A (1/17), B (2/17), C (3/17), D (4/17), E-G (5/17), H (6/17), I (7/17), J (8/17), K (9/17), L (10/17), M (11/17), N (12/17), P (13/17), R (14/17), S (15/17), T (16/17) dan U-Z (17/17). Anda juga dinasihati untuk merujuk penerangan yang diberi dalam bahagian kata pendahuan untuk keterangan lanjut tentang teknik kepengarangan peribahasa Melayu dan Cina, tentang perbezaan dan persamaan dalam peribahasa Melayu dan Cina dan-lain. Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. Hidup bermuafakat: sama-sama senang dan sama-sama susah. 同甘共苦 ; 万全之 策 ; 同心同德 ; 有福同享 , 有 祸同当 . (=1. Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek; 2. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni; 3. Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul; 4. Lopak dituruni, bukit didaki; 5. Telur sesangkak, pecah satu pecah semua). Laba terlinggal, harta lingkup. Kerja yang sia-sia kerana untung tidak dapat, modal pun habis. 白费气力; 徒劳无功; 百 事无成 . (= 1. Arang habis, besi binasa, tukang hembus penat saja; 2. Habis umpan, ikan pun tak dapat; 3. Hempas tulang tak berbalas jasa; 4. Penat tukang menempa, besi binasa senjata tidak jadi 5. Tuba binasa, ikan tak dapat). Labah-labah cintakan telurnya. Sangat menyayangi. 舐犊情深 ; 爱不释手 ; 爱不忍释 . (=1. Bagai menatang minyak yang