MOHD Samsudin SHAHIZAN Shaharuddin Universiti Kebangsaan Malaysia PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH DI MALAYSIA THE LEARNING AND TEACHING OF HISTORY IN MALAYSIAN SCHOOLS Keputusan kerajaan Malaysia menjadikan matapelajaran sejarah Malaysia sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pengajian Malaysia menjelang 2012 mendapat reaksi positif rakyat. Semua pihak bersetuju dengan keputusan mewajibkan mata pelajaran Sejarah, tetapi terdapat banyak persoalan berkaitan dengan kandungan silabusnya. Sesetengah pihak mendesak agar kandungan silabusnya dikaji semula termasuklah, antara lain, menilai semula sejarah setiap bangsa di Malaysia dan pemimpin-pemimpinnya. Artikel ini membandingkan kejayaan dan kegagalan pendidikan sejarah di beberapa negara maju seperti di Britain, Australia dan Kanada untuk melihat sama ada Malaysia boleh belajar dari pengalaman mereka. Artikel ini juga membincangkan kandungan buku sejarah Tingkatan Lima, khususnya berkaitan dengan apa yang sepatutnya diberi keutamaan tentang sejarah Malaysia, selain membincangkan kerelevanan sejarah Malaysia dengan objektif pendidikan. Akhirnya, artikel ini membincangkan masalah berkaitan dengan pengajaran subjek Sejarah di sekolah. Katakunci: pendidikan sejarah, sejarah Malaysia, pembentukan negara- bangsa. The decision of the Malaysian government to make it compulsory for students to pass History at the Sijil Pelajaran Malaysia level in 2012 has attracted a positive response from Malaysian people. General public opinion on making history compulsory seems favourable on all sides of the social and political spectrum, but there remain many questions to be answered regarding the content of the history syllabus. Certain quarters have pushed for a re-evaluation of the syllabus that includes, amongst other things, the history of each Malaysian race and its leaders. This paper provides a comparison of the successes and failures of history education in developed countries including Britain, Australia and Canada, to consider whether Malaysia can learn from their experiences. It also provides an evaluation of Malaysia’s history syllabus at Form Five level, particularly in terms of what Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategy, Vol. 39 (2) (December 2012): 116-141 @ School of History, Politics & Strategy, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 39 (2) (December 2012) Page | 116 brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository