Akademika 89(1), April 2019: 17-32 https://doi.org/10.17576/akad-2019-8901-02 Laluan Sutera Baharu Maritim China dan Implikasinya ke atas Autonomi Negara Malaysia dan Indonesia China’s New Maritime Silk Road and Its Implications for Malaysia and Indonesia State Autonomy MUHAMAD AZWAN ABD RAHMAN ABSTRAK Peralihan strategi China menerusi ‘One Belt One Road’ (OBOR) yang diperkenalkan Xi Jinping pada tahun 2013 bukan setakat memberi saingan kepada kuasa besar lain seperti AS tetapi telah menarik minat pelbagai negara di rantau Asia Tenggara khususnya Malaysia dan Indonesia menyertai projek Laluan Sutera Baharu Maritim. Sambutan baik ini bukan sekadar atas keyakinan sejarah Laluan Sutera Maritim Klasik, tetapi dipengaruhi oleh keinginan negara-negara tersebut memperoleh modal dan teknologi daripada China. Kemasukan modal China secara besar-besaran melalui kerjasama ini walau bagaimanapun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin lokal dan kelompok-kelompok lain tentang kemungkinan dominasi oleh China. Makalah ini menghujahkan Malaysia dan Indonesia menerima manfaat besar dalam projek kerjasama Laluan Sutera Baharu Maritim bersama China. Dalam pada itu, ia juga menimbulkan prospek serta cabaran baharu khususnya kepada autonomi negara. Dari segi kaedah, makalah ini memperoleh data primer menerusi temu bual mendalam bersama beberapa tokoh informan utama Malaysia dan Indonesia serta dikukuhkan dengan bukti-bukti empirikal melalui data sekunder. Menerusi artikel ini mendapati di satu pihak Malaysia dan Indonesia berpendirian positif dengan melihat manfaat serta peluang daripada kerjasama ini tetapi di pihak lain, ia terkesan dengan beberapa implikasi yang berbeza. Bagi Malaysia, kemasukan modal China secara besar-besaran dan mendadak ini menimbulkan kebimbangan domestik akan kemungkinan pergantungan yangberlebihan kepada China. Manakala Indonesia menerusi strategi Poros Maritim Dunia yang digagaskan Jokowi dilihat sebagai upaya mengekalkan kemandirian serta kuasa autonomi negara. Namun lambakan produk China ke dalam pasaran Indonesia juga dilihat sebagai persaingan dan ancaman kepada kepentingan ekonomi lokal. Artikel ini juga menyumbang dalam batas tertentu kepada korpus ilmu pembangunan serantau. Kata kunci: Laluan Sutera Baharu Maritim China; One Belt One Road; Dana Laluan Sutera; Malaysia; Indonesia ABSTRACT OBOR introduced by Xi Jinping in 2013 has not only posed as a competition to superpowers such as the US but it also attracted the interest from various countries in Southeast Asia, namely Malaysia and Indonesia, to join New Maritime Silk Road.The positive response from both countries is not only due to the confdence in the history, but more so because of their interest in obtaining China’s capital and technology.However, the massive infux of China’s investments through this cooperation has sparked anxiety among local leaders and other groups about the probability of China’s domination.This article argues that the benefts enjoyed by Malaysia and Indonesia through cooperation in this initiative come together with prospects and challenges, especially on state autonomy. This article obtained primary data via interviews with selected key informants from Malaysia and Indonesia; such data was strengthened with empirical evidence from secondary sources. The fndings show Malaysia and Indonesia do stand to beneft from this cooperation. However, the various implications may arise from such cooperation. For Malaysia, the rapid and massive infux of China’s investments has raised concerns of domestic about the probability of overdependence on China. Whereas in Indonesia, Jokowi’s global maritime fulcrum strategy can be seen as an attempt to preserve the country’s brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository