Jurnal Pendidikan Malaysia SI 1(1)(2018): 141-148 DOI: http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.03-15 Amalan Pembelajaran Pelajar Tahfz di Institusi Tahfz Swasta (Tahfz Students’ Learning Practices in Private Tahfz Institutions) Farah IlyanI ZakarIa*, Mohd aderI Che noh & khadIjah abd raZak AbSTrAk Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi amalan pembelajaran tahfz pelajar-pelajar di institusi- institusi tahfz swasta di Malaysia. Kajian ini melibatkan 308 pelajar di institusi tahfz swasta di Malaysia. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang telah dibina sendiri oleh penyelidik dan disahkan kandungannya oleh panel rujukan pakar. Data kuantitatif dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Dapatan keseluruhan menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran pelajar tahfz pada tahap sederhana tinggi iaitu (min = 3.74, sp.= 0.43). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan pembelajaran bersama guru, rakan sebaya dan kendiri berada pada tahap tinggi. Namun demikian elemen-elemen seperti kaedah penulisan dan elemen kefahaman berada pada tahap sederhana tinggi manakala elemen yang melibatkan aktiviti penulisan al-Quran berada pada tahap sederhana rendah sedangkan teori dan dapatan lepas menunjukkan kepentingan elemen-elemen tersebut dalam amalan pembelajaran pelajar tahfz. Kata kunci: Pendidikan tahfz, institusi tahfz, amalan pembelajaran tahfz AbSTrAcT This study aims to explore the perceptions of Tahfz Learning Practice in Private Tahfz Institutions in Malaysia. The study involved 350 students in private tahfz institutions in Malaysia. The instrument is a questionnaire that has been developed by the researcher and confrmed by an expert panel. Quantitative data in descriptive analysis uses Statistical Package for Social Sciences (SPSS) to obtain frequency, percentage, mean and standard deviation. The overall fndings show that the level of student learning practice at Tahfz is moderately high (mean = 3.74, sp = 0.43). The fndings show that the practice of learning with teachers, peers and self-esteem is at high level. Nevertheless, elements such as writing methods and element of understanding are at moderate high level while elements involving al-Quran writing activities are at low moderate level. Keywords: Tahfz education, tahfz institution, tahfz student learning Pengenalan Pendidikan tahfz adalah antara pendidikan terawal dalam sejarah pendidikan Islam bertujuan menjaga kemutawatiran al-Quran. Hafazan al-Quran pada hakikatnya ialah suatu usaha periwayatan yang paling tinggi darjat kesahihannya sama ada dari segi lafaz dan makna (Ashraf Ismail 2018). Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Jibril a.s secara talaqqi dan musyafahah kemudian dihafaz oleh baginda SAW. kemudian, para sahabat turut menghafaz al-Quran apabila disampaikan oleh baginda rasulullah SAW. Al-Quran dipelihara melalui tiga kaedah utama iaitu talaqqi dan musyafahah, hafazan dan penulisan Al-Quran. Perkembangan pendidikan tahfz di kebanyakan negeri di Malaysia sangat pesat dengan bertambahnya bilangan sekolah tahfz swasta dan sekolah tahfz rakyat dari hari ke hari (Azmil Hashim & Misnan Jemali 2015). Sambutan ibu bapa yang amat menggalakkan terhadap pendidikan tahfz mendorong mereka memilih institusi-institusi tahfz swasta bagi memenuhi peluang yang terhad dalam aliran pendidikan tahfz perdana (Ashraf Ismail 2018). Ternyata, kepelbagaian institusi ini membawa kepada kepelbagaian metode yang diguna pakai untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai hafazan yang mantap. Seiring dengan masa yang pantas berlalu, sistem tahfz ini mula mengambil kira kuantiti masa yang dilaburkan untuk menghafaz al-Quran. Sesuatu kaedah atau sistem hafazan dianggap berjaya apabila semakin singkat jumlah masa atau tahun yang perlu dilalui oleh pelajar. Namun demikian, pengaruh amalan pembelajaran pelajar mempunyai pelbagai metode memberikan impak yang berbeza. Menurut Abu Najihat al-Hafz (2001: 20), walau apa pun amalan pembelajaran pelajar ia tidak dapat lari daripada konsep ‘beransur-ansur’ dalam menghafaz al-Quran. bahkan manhaj ‘tidak terburu-buru menghafaz’ ini menjadi manhaj yang sederhana tetapi sangat signifkan untuk jangka masa yang lama. Sebagaimana frman Allah SWT: Artkl 15 SI 1(1)(2018).indd 141 02/01/2019 4:37:45 PM