Volume 6 Issue 42 (September 2021) PP. 204-214
DOI 10.35631/IJEPC.642016
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved
204
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN TRANSFORMASIONAL
DENGAN KEBERKESANAN SEKOLAH DI SEKOLAH-
SEKOLAH TS25 DAERAH GUA MUSANG KELANTAN
THE RELATIONSHIP BETWEEN TRANSFORMATIONAL LEADERSHIP AND
SCHOOL EFFECTIVENESS IN TS25 SCHOOLS IN GUA MUSANG KELANTAN
Mohd Zainuddin Zakaria
1*
, Siti Noor Ismail
2
, Yahya Don
3
, Wan Rosni Wan Yakob
4
1
Pejabat Pendidikan Daerah Gua Musang, Kementerian Pendidikan Malaysia, Malaysia
Email: zainuddinppdgm@gmail.com
2
Institute of Excellent Teachers and Leaders in Education, School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Email: siti.noor@uum.edu.my
3
4
School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Email: d.yahya@uum.edu.my
Department of Haematology, Transfusion Medicine Unit, Universiti Sains Malaysia, Malaysia
Email: wrosni@usm.my
*
Corresponding Author
Article Info:
Article history:
Received date: 06.06.2021
Revised date: 28.06.2021
Accepted date: 17.08.2021
Published date: 05.09.2021
To cite this document:
Zakaria, M. Z., Ismail, S. N., Don, Y.,
& Yakob, W. R. W. (2021). Hubungan
Antara Kepimpinan Transformasional
Dengan Keberkesanan Sekolah Di
Sekolah-Sekolah TS25 Daerah Gua
Musang Kelantan. International
Journal of Education, Psychology and
Counselling, 6 (42), 204-214.
DOI: 10.35631/IJEPC.642016.
This work is licensed under CC BY 4.0
Abstrak:
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan transformasional
pengetua dan tahap keberkesanan sekolah di sekolah TS25 dalam Daerah Gua
Musang, Kelantan. Selain itu, kajian ini juga berusaha untuk melihat hubungan
antara dua pembolehubah terlibat, iaitu kepimpinan transformasional dan
keberkesanan sekolah. Rekabentuk kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan
rentasan ini melibatkan dua jenis instrumen yang terlibat, iaitu instrumen
kepimpinan Transformasional oleh Leithwood dan Jantzi (1999) dan instrumen
keberkesanan sekolah yang diadaptasi dari kajian Lazaridou dan Iordanidis
(2011. Persampelan kajian melibatkan empat buah sekolah menengah TS25
dengan seramai 162 orang responden yang terlibat. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa tahap kepimpinan transformasional pengetua dan tahap
keberkesanan sekolah berada pada tahap tinggi, masing-masing dengan nilai
(M = 4.17, SP = .604) dan (M = 4.19, SP = .613). Manakala analisis korelasi
pula menunjukkan wujudnya hubungan yang sangat kuat dan ianya signifikan
(r=.89, p<.01) antara kedua-dua pembolehubah terlibat, iaitu kepimpinan
transformasional dan keberkesanan sekolah. Adalah diharapkan agar dapatan
kajian ini dapat dijadikan panduan oleh pihak terlibat, khasnya pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkasakan ciri-ciri kepimpinan
berprestasi tinggi dalam kalangan pentadbir sekolah ke arah meningkatkan
keberkesanan sekolah melalui program-program profesionalisme.