61 WAN KHAIROSLINDA WAN MOHD KHAIRI, ZUBIR IDRIS, YUSMILAYATI YUNOS HIKAYAT KELANA SITA KEMBARA: NASKHAH CERITA PANJI MELAYU (Hikayat Kelana Sita Kembara: Manuscript of a Malay’s Panji Tale) Wan Khairoslinda Wan Mohd. Khairi wanklinda221@gmail.com Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460 Kuala Lumpur. Zubir Idris zidris@ukm.edu.my Yusmilayati Yunos yusmila@ukm.edu.my Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia Abstrak Makalah ini membincangkan teks manuskrip Cerita Panji Melayu yang didokumentasikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur yang berjudul Hikayat Kelana Sita Kembara, nombor kelas MS46. Sehingga kini, tiada lagi kajian manuskrip atau kritikan yang dilakukan bagi menilai naskhah Cerita Panji Melayu Hikayat Kelana Sita Kembara. Melalui kaedah transliterasi teks dan analisis kandungan, maka ciri-ciri Panji Melayu dapat dicerakinkan dengan mengambil kira tiga dasar pembahagian antara cerita panji Jawa dengan cerita panji Melayu, iaitu pembahagian sedia ada, penggunaan bahasa dan unsur tempatan. Berdasarkan kaedah penyelidikan yang telah dinyatakan maka penulisan makalah ini bermatlamat untuk meneliti, mengenal pasti dan membincangkan ciri-ciri Panji Melayu yang terkandung