Analisis Faktor dan Cabaran Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat Islam 75-86 75 Analisis Faktor dan Cabaran Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat Islam Analysis Factors and Challenges of Islamic Corporate Social Responsibility Implementation Azlinda Boheran Nudin 1 , Che Su Mustaffa 2 & Mohd Khairie Ahmad 2 Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia. e-mail: 1 lynda93840@gmail.com, 2 chesu402@uum.edu.my, 3 khairie@uum.edu.my Abstrak Dalam memastikan CSR bercirikan Islam dilaksanakan dengan sebaiknya, faktor dan cabaran menjadi indikator yang harus dipertimbangkan agar pelaksanaannya mengikut garis panduan dan prinsip Islam. Hal ini kerana, pencapaian organisasi Islam yang cemerlang juga dipengaruhi oleh perlaksanaan CSR Islam. Objektif kajian ini memberi tumpuan untuk meneroka faktor dan cabaran pelaksanaan CSR Islam di Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temu bual mendalam dengan sepuluh orang informan yang terdiri daripada pelaksana CSR di BIMB. Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor yang menggalakkan BIMB melaksanakan CSR Islam iaitu kesedaran pihak pengurusan, budaya institusi Islam, etika pelaksana CSR dan memenuhi tuntutan masyarakat. Manakala cabaran yang dihadapi untuk melaksanakan CSR Islam adalah dari sudut strategi komunikasi, sumber maklumat, pengurusan sumber manusia dan kewangan. Kata kunci tanggungjawab sosial korporat (CSR), perspektif Islam, perbankan Islam, kualitatif, pelaksanaan CSR Abstract In order to make sure Islamic CSR is being practiced effectively factors and challenges become an indicator that has to be considered to make sure the implementation follows the Islamic values. This is because the excellent performance of the organization is influenced by the implementation of Islamic CSR. The objective of the study focuses on exploring the factors and challenges of Islamic CSR in BIMB. Using qualitative method, ten informan who CSR key players in BIMB were interviewed. Based on the findings of the study there are four factors that encourage BIMB to practice Islamic CSR. The factors are as follows: the awareness at the management level, Islamic organization culture, ethics of the key players of CSR and fulfilling the demands of the society. Whereas the challenges faced in implementing Islamic CSR are coming from the communication strategy, source of information, the management of the human resource and lack of fund. Keywords corporate social responsibility (CSR), Islamic perspective, Islamic banking, qualitative, CSR implementation PENGENALAN CSR merupakan satu konsep yang menekankan tentang tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh organisasi bagi menunjukkan keprihatinan terhadap pelbagai pihak berkepentingan. Aktiviti CSR yang dilakukan oleh sesebuah organisasi menunjukkan rasa tanggungjawab organisasi bagi menyumbangkan kesejahteraan terhadap pihak yang tertentu seperti pekerja, masyarakat, persekitaran dan sebagainya. Dalam mewujudkan organisasi korporat yang cemerlang dan beretika, aktiviti CSR dilihat berupaya mewujudkan kesejahteraan terhadap organisasi dan masyarakat. Menurut Rashid dan Ibrahim (2002), aktiviti CSR dapat menarik perhatian orang awam terutama di Malaysia lantaran banyak syarikat mengaplikasikan CSR pada masa ini. Tuntutan masyarakat berkaitan aspek CSR ini telah menunjukkan betapa pentingnya CSR ini diamalkan secara meluas terutamanya di negara yang membangun seperti Malaysia. Hal ini telah meningkatkan tekanan kepada organisasi untuk menganjurkan lebih banyak aktiviti CSR sebagai satu bukti sumbangan kepada masyarakat (Arshad, Othman & Othman, 2012). Ullman (1985) menjelaskan brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository