BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences
Volume 2, Issue 3, 2019
22
Konsep Istibdal Harta Wakaf
menurut Perspektif Islam
Aisyah Yasmin Che Mohd Amin
1
& Mohd Zamro Muda
1
Abstrak
Konsep istibdal harta wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf agar lebih
produktif dan berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih stabil. Untuk melaksanakan
istibdal harta wakaf, terdapat beberapa syarat telah ditetapkan bagi menjamin pelaksanaan konsep
tersebut supaya selaras dan menepati syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha. Justeru, aspek yang
ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian mazhab Sunni terhadap istibdal harta wakaf. Objektif
utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti konsep istibdal terhadap harta wakaf menurut pandangan
fuqaha. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan.
Fakta dan hujah daripada bahan-bahan perpustakaan seperti buku-buku ilmiah, kitab-kitab turath,
jurnal, akhbar, dan kertas kerja diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Pada keseluruhan
kajian, didapati pelaksanaan konsep ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat
awam berbanding ia dikekalkan dalam bentuknya yang asal. Hakikatnya, pelaksanaan konsep ini turut
menzahirkan kelenturan serta keutuhan sistem wakaf dalam menyediakan kemudahan dan bantuan
kepada umat Islam.
Kata Kunci
Istibdal; wakaf; pelaburan; mazhab Sunni
Cite This Article:
Aisyah Yasmin Che Mohd Amin & Mohd Zamro Muda. 2019. Konsep istibdal harta wakaf menurut perspektif Islam.
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences 2(3): 022-033.
Pengenalan
Konsep istibdal merupakan salah satu kaedah yang efisien dan sesuai untuk pembangunan harta
wakaf. Harta-harta wakaf tersebut dapat dielakkan daripada terus terbiar tanpa ada kemajuan
serta dapat memberi hasil dan manfaat yang boleh dibelanjakan untuk jalan kebaikan. Namun
demikian, kaedah istibdal harta wakaf bukanlah satu kaedah yang boleh dilaksanakan dengan
sewenang-wenangnya kerana ia perlu mematuhi segala prinsip dan syarat-syarat yang telah
ditetapkan oleh para fuqaha’ agar pelaksanaan istibdal terhadap sesuatu harta wakaf itu benar-
benar mengikut apa yang telah digariskan oleh syarak dan tidak bercanggah dengan tujuan
sebenar wakaf. Justeru, perbincangan mengenai istibdal harta wakaf ini merangkumi beberapa
perkara yang akan dikaji berdasarkan pandangan mazhab Sunni yang meliputi hukum istibdal,
1
Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
Corresponding Author:
Mohd Zamro Muda, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor, Malaysia.
E-mail: zamro@ukm.edu.my
Article
BITARA
Volume 2, Issue 3, 2019: 022-033
© The Author(s) 2019
e-ISSN: 2600-9080
http://www.bitarajournal.com
BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences