KHAIRI Arifn RAMLI Saadon TUAN WAHEDA Tuan Chik Universiti Pendidikan Sultan Idris PERLADANGAN KOMERSIAL DI DAERAH HILIR PERAK PADA ERA KOLONIAL BRITISH 1900-1957 COMMERCIAL PLANTATION IN LOWER PERAK DISTRICT DURING THE BRITISH COLONIAL PERIOD 1900-1957 Pertanian di negeri Perak sebelum era kolonial dijalankan bagi memenuhi keperluan masyarakat petani dalam satu komuniti yang kecil. Golongan petani tradisional juga mempunyai pelbagai kekangan dalam memastikan kuantiti hasil tanaman mereka meningkat. Pentadbiran kolonial British di negeri Perak bermula pada tahun 1874 telah membawa perubahan dalam perkembangan sektor perladangan serta pertanian dan telah dikategorikan sebagai pertanian yang komersial. Kajian dijalankan untuk mengenalpasti kewujudan perladangan komersial di Hilir Perak dan kepentingannya kepada pembangunan daerah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen rasmi, laporan tahunan, prosiding serta penulisan berkaitan pembangunan era kolonial British di Perak. Dapatan kajian menunjukkan polisi kolonial British telah membawa kepada penubuhan pelbagai ladang tanaman komersial di Hilir Perak. Hilir Perak juga merupakan antara daerah yang menjadi tumpuan sektor perladangan komersial dan telah menjadi sektor yang menyumbang kepada pembangunan negeri Perak. Perladangan komersial di Hilir Perak bukan bersifat monocultivation namun pentadbiran kolonial telah mengambil inisiatif membangunkan sektor perladangan yang terdiri daripada pelbagai jenis tanaman bergantung kepada kesesuaian kawasan. Perladangan komersial yang dijalankan ketika era kolonial telah banyak menyumbang kepada pembangunan daerah Hilir Perak khususnya serta negeri Perak amnya. Kata kunci: Ladang, Komersial, Hilir Perak Agriculture in Perak before the British colonial era was basically subsistence farming carried out to meet the needs of the small peasant community. The traditional farmer faced a lot of restrictions to ensure the yield of their crop would continue to increase. It was the British administration in Perak established since 1874, that developed Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 46 (1) (July 2019): 58-78 @ Centre For Policy and Global Governance (GAP), UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper) Jebat Volume 46 (1) (July 2019) Page | 58 CORE Metadata, citation and similar papers at core.ac.uk Provided by UKM Journal Article Repository