73 EARTH IN THE HOLY QUR’AN: HOW TO PROTECT AND MAINTAIN IT? (Bumi dalam Al-Quran: Perlindungan dan Penjagaan?) NURDENG DEURASEH ABSTRAK Dalam usaha mengembalikan umat Islam kepada kegemilangan tamadun Islam bersumberkan al-Qur’an dan Sunnah, Islam Hadhari telah diperkenalkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi pada tahun 2004 berdasarkan kepada sepuluh prinsip Islam Hadhari. Tujuan artikel ini ialah untuk membincang dan mentafsir secara ilmiah salah satu dari prinsip Islam Hadhari iaitu pemuliharaan alam semula jadi. Ia adalah satu perbincangan ilmiah perspektif al-Qur’an serta peranannya dalam mewujudkan persekitaran yang sihat melalui perlindungan dan pemuliharaan alam semula jadi terutamanya bumi. Ayat-ayat al-Qur’an yang berkaitan disertakan dan ditafsirkan secara ilmiah. Tanah dianggap sebagai unsur penting bagi bumi kerana berperanan mewujudkan persekitaran yang sihat. Dalam hal ini, prinsip Islam Hadhari iaitu pemuliharaan alam semula jadi adalah penting dalam usaha menjaga kualiti alam sekitar. Manusia bukan hanya berperanan membantu dan memberi makan dan minum kepada orang miskin, tetapi juga menjauhi daripada perbuatan yang boleh membawa kepada pencemaran alam sekitar. Dengan kata lain, kewajipan seseorang bukan hanya berbuat baik kepada sesama manusia, tetapi juga kepada alam semula jadi termasuk tanah, udara, air, tanaman, pokok-pokok serta haiwan. Tanah memiliki ciri-ciri signifkan iaitu dapat memberi manfaat berterusan kepada manusia jika digunakan secara bijak. Kata Kunci: Bumi, gunung, mizan dan takdir, alam semula jadi, al-Qur’an ABSTRACT In order to bring the ummah back to fundamental of Islam, as prescribed in the Qur’an and the Sunnah that form the foundation of Islamic civilization, Jurnal Hadhari 2 (2) (2010) 73-88 The National University of Malaysia