GEOGRAFIA Online
TM
Malaysia Journal of Society and Space 7 issue 3 (36 - 44) 36
© 2011, ISSN 2180-2491
Hubungan kejiranan dalam membentuk kesejahteraan hidup
masyarakat ‘kampung bandar’: Kes Kampung Berjaya dan
Kampung Mempelam, Alor Setar, Malaysia
Mohd Yusof Hussain
1
, Mohamad Shaharudin Samsurijan
2
, Suraiya Ishak
1
, Abd. Hair Awang
1
1
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia,
2
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang,
Malaysia
Correspondence: Mohd Yusof Hussain (email: hmyusoff@ukm.my)
Abstrak
Hubungan kejiranan adalah penting dalam melahirkan masyarakat sejahtera. Ia juga boleh dianggap sebagai
penentu kesejahteraan hidup bagi sesuatu masyarakat, melaluinya juga kerjasama dan perpaduan
masyarakat dapat dibentuk. Di dalam kajian ini penyelidik telah memilih penduduk di Kampung Berjaya
dan Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah iaitu kampung yang wujud dalam bandar sebagai responden.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap tahap kesejahteraan hidup mereka
dalam aspek hubungan kekeluargaan dan kejiranan dan seterusnya menganalisis faktor penentu tahap
kesejahteraan hidup penduduk sebagai penghuni di “urban village” ini. Seramai 132 orang ketua isi rumah
telah ditemuselidik dan jumlah ini mewakili 30% jumlah ketua isi rumah yang terdapat di Kampung
Berjaya dan Kampung Mempelam. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan sahaja
masih belum cukup untuk menjamin kesejahteraan, manakala hubungan kejiranan yang baik telah dianggap
sebagai penentu kesejahteraan hidup penduduk. Namun, gabungan kedua-dua hubungan ini lebih memberi
jaminan kesejahteraan hidup masyarakat “urban village”.
Katakunci: hubungan kejiranan, kejiranan, kesejahteraan sosial, ‘kampung bandar’, pertalian keluarga,
solidariti
The influence of neighbourliness in shaping the social wellbeing
of urban villages : Evidence from Kampung Berjaya and
Kampung Mempelam, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Abstract
Neighbourliness is essential for social wellbeing as it promotes social cooperation and solidarity. This study
analyses the perception of urban villagers of the role of neighbourliness and the determinants of their
wellbeing as dwellers of urban villages in Malaysia’s town of Alor Star, Kedah. A 30 per cent sampling
comprising 132 household heads were interviewed in the urban villages of Kampung Berjaya and
Kampung Mempelam for this purpose. It was found that while family relationship alone was deemed not
enough to ensure social wellbeing in urban villages, good neibourliness emerged as more of a real
determinant of the residents’ social wellbeing..The most ideal factors of social wellbeing, nevertheless,
would be a combination of family ties and good neighbourliness.
Keywords: family ties, neihgourhood, neighbourliness, social wellbeing, solidarity, urban village
brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
provided by UKM Journal Article Repository