International Journal of the Malay World and Civilisation (Iman) 5(1), 2017: 37 - 44 (http://dx.doi.org/10.17576/IMAN-2017-0501-04) PENGENALAN Nilai mempunyai fungsi mengenal dan mencorakkan pola tingkah laku sebagai alat untuk mendapatkan pengertian serta menentukan corak sosial seseorang atau kelompok sosial. Sufean (1995) menyatakan nilai ialah idea tentang kepentingan, faedah, mutu, dan kebernilaian tentang segala benda, perkara dan fenomena yang terdapat dan berlaku di alam semesta ini. Nilai ialah aspek kualitatif dan subjektif hasil pertimbangan pemikiran dan emosi manusia tentang pengalamannya dalam proses interaksi dengan alam sekitar dan masyarakat. Hasil daripada pertimbangan pemikiran dan emosi, maka manusia meletakkan sesuatu nilai kepada segala yang dialaminya. Selain itu, manusia juga memberikan darjah nilai yang berbeza-beza kepada sesuatu perkara yang dipertimbangkannya. Oleh yang demikian, manusia menetapkan nilai ‘baik dan bagus’ kepada perkara yang mendatangkan faedah, keseronokan dan kesejahteraan. Nilai ‘buruk’ atau ‘jahat’ diberikan kepada perkara yang Nilai Kegigihan dalam Sajak Melayu The Value of Diligency Malay Poetry Mohd Haidi Mohd Kasran ABSTRAK Rakyat Malaysia ialah aset negara yang paling berharga. Antara cabaran terbesar negara ialah usaha untuk melahirkan masyarakat yang cemerlang dari segi pendidikan dan kerjaya. Justeru, penerapan nilai kegigihan yang merangkumi nilai ketekunan dan kerajinan sangat penting dalam merealisasikan kehendak ini. Beberapa buah sajak yang dipilih akan dibaca kesemuanya dengan Teknik Bacaan Rapi (Close Reading Technique). Setiap sajak yang dibaca akan dianalisa isi kandungannya (Content Analysis) dengan berlandaskan konsep nilai. Didapati sajak yang membawa unsur nilai kegigihan telah diterjemahkan oleh penyair dalam sajak-sajak mereka yang merupakan benih untuk membentuk masyarakat ke arah tindakan dan perlakuan positif. Kata kunci: Nilai; kerajinan; perlakuan positif ABSTRACT Malaysians are the most important assets to this country. One of the biggest challenges to this country is the effort to produce excellent citizens in both education and career. Therefore moulding the value of diligency that includes enthusiasm and hardworking is of utmost importantance in order to ensure the realisation of this need. A selection of poetry had been chosen to be read using the technique of Close Reading. The content of every poem would be analysed with value as its basis. The various poems that carry the diligency values such as hope opinion and motivation had been inculculated by the poet into their poems that promote positive behaviour for the future generation. Keywords: Value; diligency; positive behaviour mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan manusia yang mengamalkannya. Wan Hashim (1998) menyatakan nilai sebagai sesuatu yang mempunyai faedah dan kepentingan bersama oleh sesuatu benda yang merupakan idea abstrak yang dikongsi bersama oleh masyarakat. Sesuatu yang ditakrifkan sebagai nilai baik atau nilai buruk, bukan sesuatu yang dilahirkan secara fzikal kerana ia sesuatu yang tidak wujud di hadapan mata (Nik Safah 1985) tetapi biasanya dizahirkan melalui tingkah laku masyarakat sesuatu budaya. Nilai adalah salah satu komponen yang membentuk budaya itu sendiri. Nilai berubah mengikut masa dan juga persekitaran. Perubahannya memberi kesan yang sangat mendalam kepada perubahan budaya atau cara hidup sesuatu masyarakat sebagai mana pendapat Hashim (2008) yang menyatakan bahawa nilai ialah yang menjadi asas pertimbangan bagi seseorang atau sesuatu kelompok manusia untuk menentukan sama ada sesuatu perkara atau benda itu baik, benar, bermanfaat, indah dan diingini serta cuba diperoleh dan dibina atau sebaliknya; buruk,