41 Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 11 (1) 2013: 41-47 Kertas Asli/Original Article Kajian Rintis Pandangan Kanak-Kanak Mengenai Strategi Pemasaran Kempen Anti- Merokok di Pantai Dalam Kuala Lumpur (Children’s Perceptions of Anti-Smoking Campaign Strategy in Pantai Dalam, Kuala Lumpur: A Pilot Study) ROKIAH ABU BAKAR, SITI HAJAR BINTI ABU BAKAR AH & ABD. HADI ZAKARIA ABSTRAK Kajian rintis telah dilakukan di Kuala Lumpur dalam kalangan 30 orang kanak-kanak berumur 10-18 tahun bagi mengumpulkan pandangan mereka mengenai strategi pemasaran kempen anti-merokok. Hasil kajian menunjukkan kempen tersebut kurang berkesan mencegah kanak-kanak daripada merokok.Faktor-faktor yang menyebabkan kempen ini kurang berjaya mengurangkan tabiat merokok dalam kalangan kanak-kanak adalah kanak-kanak tidak merasa takut dengan poster dan gambar penyakit kritikal yang dipaparkan (60%), mereka dengan mudah boleh mendapatkan rokok (66%), serta kekurangan kerjasama semua sektor masyarakat dalam menyokong kempen ini (77%). Strategi pemasaran kempen anti-merokok dari aspek produk, harga, aksesibiliti, promosi, dasar sosial dan perkongsian komuniti perlu diperbaiki dan diberi penekanan seimbang untuk menjamin keberkesanan kempen secara komprehensif. Kata kunci: Kempen anti-rokok, model pemasaran sosial, perokok muda ABSTRACT A pilot test was conducted in Pantai Dalam, Kuala Lumpur among 30 children of 10-18 years old to examine their views about the marketing strategies employed in our local anti-smoking campaign. The study showed that the marketing strategies used were less effective because its fail to prevent smoking habit among children. The causes that lead to the campaign in effciency are posters and pictures of critical illness used in the campaign failed to give signifcant impact to children about the ill-hazard of smoking (60%), children easy-access to cigarette (66%), and lack of cooperation from all sectors of society in supporting the campaign (77%). Marketing strategy of anti-smoking campaign in terms of product, price, accessibility, promotion, social policy and community partner ships need to be improved and given equal emphasis to ensure the effectiveness of a comprehensive campaign. Keywords: Anti-smoking campaign, social marketing model, young smoker PENDAHULUAN Prevalen menghisap rokok dalam kalangan perokok muda yang berada dalam lingkungan umur kanak-kanak begitu membimbangkan. Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) melaporkan bahawa 14.3 peratus daripada 4.26 juta perokok di Malaysia merupakan pelajar sekolah. Kementerian yang sama juga menganggarkan bahawa seramai 50-60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Tabiat merokok dalam kalangan remaja jika tidak dibendung dikhuatiri akan membawa kepada pelbagai lagi masalah sosial seperti penagihan dadah, alkohol, ketagihan daun ketum dan hidu gam. Ini kerana terdapat banyak kajian telah membuktikan yang ketagihan rokok merupakan pintu masuk (gateway) kepada penyalahgunaan dadah, heroin, ganja, arak dan sebagainya (Siti Hajar 2009; Roslee 2006; Ahmad 2004) Kebimbangan kepada pertambahan jumlah perokok di negara ini telah membawa kepada usaha kerajaan mempromosi bahaya rokok dan merokok menerusi satu siri kempen anti-merokok. Laporan Bernama pada tahun 2004 menyatakan kerajaan Malaysia telah membelanjakan lebih kurang RM332,000 untuk kempen anti-merokok di sepanjang tahun 2000-2003 (Puteri 2005). Seterusnya, kerajaan telah memperuntukkan lebih kurang RM10 juta dalam Bajet 2003 bagi penganjuran kempen-kempen dan program-program yang mampu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rokok kepada kesihatan manusia. Antara kempen yang dianjurkan oleh kerajaan ialah Kempen “Tak Nak” Merokok, Kempen Cara Hidup Sihat, Kempen Jangan Mula Rokok, Kempen Berhenti Merokok, Kempen Sihat Sepanjang Hayat dan sebagainya. Objektif kempen anti-merokok adalah untuk mencegah individu daripada memulakan tabiat merokok, memujuk perokok sedia ada berhenti merokok, serta menyangkal tanggapan tabiat merokok adalah diterima secara sosial. Mesej utama kempen ini adalah jangan merokok. Antara JK Bahg 7 (Rokiah).indd 41 6/25/2013 9:08:45 AM brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository