1832 SYEIKH ABU HAMID AL-ISFARAYIINI DAN PENETAPAN HUKUM MAZHAB SYAFI’E Syed Sultan Bee Packeer Mohamed Pusat Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia Malaysia haseenah83@yahoo.com ABSTRAK Syeikh Abu Hamid Al-Isfarayiini merupakan tokoh ulama mazhab Syafi’e yang paling terkenal pada kurun ke-4 kerana beliau merupakan pengasas aliran pemikiran ulama mazhab Syafi’e di Iraq. Menerusi beliaulah mazhab Syafi’e berkembang pada kurun ini hasil daripada kepakaran beliau menganalisis, menjelaskan dan mempertahankan pandangan-pandangan Imam Syafi’e. Namun sayangnya generasi sekarang kurang mengenali beliau apalagi mempelajari khazanah-khazanah ilmu yang ditinggalkan oleh beliau.Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat latar belakang tokoh agung ini serta menjelaskan pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu fikah.Kaedah deduktif diaplikasikan dalam mengkaji penetapan hukum yang dibuat oleh beliau dalam isu-isu berkaitan solat, azan dan air.Di samping itu, kaedah deskriptif turut digunakan untuk membincangkan biografi Syeikh Abu Hamid dan data yang terhasil daripada pandangan-pandangan beliau dalam isu-isu tersebut.Kajian ini menggunakan data sekunder yang terdiri daripada kitab-kitab fikah empat mazhab, kitab-kitab biografi ulama dan kitab-kitab sejarah.Kajian ini menyumbang ke arah menyerlahkan ketokohan Syeikh Abu Hamid dalam bidang ilmu fikah serta mengenalpasti langkah-langkah yang diambil oleh beliau dalam menetapkan hukum-hukum. Kata Kunci: Syeikh Abu Hamid, penetapan hukum, mazhab Syafi’e. PENDAHULUAN Ilmu fikah merupakan ilmu yang sangat penting dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t.Ini jelas dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang berbunyi: { ن م د ر ه ب ا ر خ ه ق ف ف ن الد} Maksunya:”Sesiapa yang Allah menghendaki kepadanya kebaikan, maka Allah akan menjadikannya seorang yang alim dalam ilmu agama”. (Muslim, Sahih Muslim,no.1037, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi,t.t.) Para ulama bertungkus-lumus mendalami dan menguasai ilmu warisan peninggalan Rasulullah s.a.w. ini sejak zaman Baginda s.a.w. sehinggalah hari ini.Mereka sanggup mengorbankan seluruh kehidupan brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UUM Repository