1 KAJIAN TINJAUAN : BULI SIBER DI KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA a Dr. Wan Hassan Bin Wan Embong b Zulaili Binti Yaakob b Zetty Heriza Binti Rohani b Mardhiyana Binti Abidin c Farisah Binti Ibrahim a Fakulti Tamadun Islam b Fakulti Pendidikan c Fakulti Geoinformasi dan Hartanah Universiti Teknologi Malaysia ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau tentang kegiatan buli siber dalam kalangan mahasiswa tahun empat yang akan menamatkan pengajian dan bakal berhadapan dengan dengan remaja di sekolah. Skop kajian tinjauan yang dikaji antaranya ialah mengenalpasti medium buli siber yang popular digunakan, hubungan antara penglaman buli siber dan emosi mahasiswa, serta mendapatkan perbandingan jantina dengan penglibatan peribadi dalam buli siber dalam kalangan mahasiswa tahun empat. Kajian ini dianggap penting kerana ia dapat memberi maklumat kepada pelajar dan pihak universiti dalam usaha mengawal dan memberi kesedaran terhadap gejala buli siber ini . Pendekatan kuantitatif melalui kaedah kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Seramai 106 orang responden mahasiswa tahun akhir Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia telah terlibat dalam kajian ini. Data kajian diperolehi menggunakan instrumen soal selidik yang mengandungi 30 item. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dengan mengunakan Alpha Cronbach dan ianya boleh diterima dan digunakan. Data-data mentah yang diperoleh seterusnya dianalisis menggunakan perisian Statistikal Package for Sosial Science (SPSS) versi 16.0. Hasil analisis kajian dinyatakan dalam bentuk deskriptif menggunakan kekerapan, dan korelasi perbandingan. Dapatan kajian mendapati medium yang paling popular adalah “Facebook”dan tiada nilai signifikan bagi perbandingan jantina antara responden kajian lelaki dan perempuan. brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository