INTERNATIONAL JOURNAL OF HUMANITIES TECHNOLOGY AND CIVILIZATION (IJHTC)
VOL. 7, ISSUE 1, 97 – 107
DOI: https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i1.3240
*CORRESPONDING AUTHOR | Rahimin Affandi Abdul Rahim | rahiminaffandi@yahoo.com 97
© The Authors 2022. Published by University Malaysia Pahang Publishing. This is an open access article under the CC BY license.
ORIGINAL ARTICLE
THE CONSTITUTIONAL AND PAHANG MALAY MUSLIM GENDER WISDOM IN
ACEH: AN ANALYSIS
Ahmad Farid Abd Jalal
1
, Rahimin Affandi Abdul Rahim
2*
, Mohamad Hilmi Mad Said
3
, Muhammad Jumaidy Abdul Manap
4
1
Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Malaysia.
2
Jabatan Fiqh Dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
3
Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pahang, Malaysia.
4
Muzium Sultan Abu Bakar, Pahang, Malaysia.
ARTICLE HISTORY
Received: 24
th
Feb. 2022
Revised: 24
th
Mar. 2022
Accepted: 12
th
May 2022
KEYWORDS
Local Wisdom,
Nationalism,
Gender,
Nurudin Al-Raniri,
Princess of Kamelia
KEARIFAN KETATANEGARAAN DAN GENDER MELAYU ISLAM PAHANG DI ACEH:
SATU ANALISA
ABSTRAK - Kajian ini mengkaji kearifan ketatanegaraan dan gender Melayu Islam Pahang yang
dikesan penggunaannya di Aceh. Pengaruh kedua aspek kearifan ini memang wujud dalam sejarah
tradisi Acheh. Ia bakal menggunakan kaedah pensejarahan daripada sumber primer dan sekondari
dalam bidang yang dikaji. Hasilnya, terdapat beberapa fakta utama. Pertama, hubungan antara
Aceh dan Pahang bermula dengan hubungan kekeluargaan yang kemudiannya turut membawa
kepada hubungan intelektual berasaskan keagamaan. Kedua, terdapat pengaruh pemikiran ulama
Aceh iaitu Nurudin Al-Raniri dan Hamzah Al-Fansuri di Pahang. Ia membabitkan bidang
Ketatanegaraan Melayu Islam. Ketiga, meluasnya kearifan jantina Melayu Islam yang berpunca
daripada ketokohan Puteri Kamelia di Aceh. Ianya kekal hingga pada zaman moden menjadi budaya
masyarakat Aceh.
KATA KUNCI
Kearifan Tempatan,
Ketatanegaraan,
Jantina,
Nurudin Al-Raniri,
Puteri Kamelia
PENGENALAN
Institut masjid dianggap penting dalam pembangunan agama Islam, masyarakat dan negara. Peranannya turut
merangkumi markas perbincangan pendidikan, pentadbiran, politik, sosial dan sebagainya. Pelbagai kemaslahatan dan
kepentingan umat Islam bermula di sini, lantaran terlalu besar peranan yang dimainkan olehnya. Oleh itu, pengurusan
masjid yang mantap dapat mengimarahkan lagi pelbagai aktiviti di masjid dalam usaha menghidupkan kesedaran dan
penghayatan Islam yang sebenar kepada masyarakat (Norita Kamarudin, 2019). Walaubagaimana pun, secara ironinya
masih lagi terdapat stereotaip bahawa pengurusan masjid masih lagi dilaksanakan secara tradisional tanpa melakukan
sebarang pindaan atau perubahan. Antara isu yang tidak berkesudahan dan telah berlarutan sehingga kini adalah
kebanyakan peranan masjid telah ditafsirkan sebagai tempat khusus untuk ibadah sahaja (Roslan Mohammed, 2008).
Sementara fungsi-fungsi utama masjid sebagai pusat ekonomi, sosial dan pendidikan diambil alih oleh pelbagai agensi
lain. Untuk mengembalikan peranan asal masjid, institusi ini seharusnya diberi nafas yang baru agar institusi ini dapat
berperanan sebagai pusat keilmuan dan kegiatan keislaman, pusat kebajikan dan kaunseling, pusat teknologi maklumat,
pusat kegiatan wanita, remaja dan kanak-kanak serta nadi ekonomi masyarakat setempat (Nor Azlina. et.al, 2017). Hasrat
yang dinyatakan ini adalah selari dengan objektif rancangan takmir masjid iaitu mengimarahkan masjid dengan pengisian
ilmu, solat berjemaah dan menjadikannya sebagai pusat pendidikan pembangunan masyarakat yang seimbang (Syuhadak,
2007). Dalam memenuhi objektif ini, penganjuran pelbagai program dan aktiviti pengimarahan masjid masa kini
seharusnya menepati dengan aspirasi dan citra pembangunan masyarakat Islam kontemporari. Untuk itu, program
pengimarahan masjid yang dilaksanakan seharusnya dapat dinilai secara menyeluruh agar elemen-elemen
keberkesanannya dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa. Elemen-elemen keberkesanan yang dikenal pasti pula dapat
ABSTRACT – This study examines the constitutional wisdom and gender of Malay Muslims in
Pahang which was detected in Aceh. The influence of these two aspects of wisdom existed in the
historical tradition of Acheh. This study will utilize historical facts from primary and secondary
sources in the areas that it touched on. To demonstrate, there are some prominent key factors that
are worth mentioning. Firstly, the relationship between Aceh and Pahang began with familial ties
which later led to intellectual ties based on religion. Secondly, there was the influence of Aceh
scholars, namely Nurudin Al-Raniri and Hamzah Al-Fansuri in Pahang. The said influence involved
the field of Malay Islamic Constitution. Thirdly, the wisdom of the Malay Muslim gender grew from
the prominence of Puteri Kamelia in Aceh. The impact of this wisdom can be seen until now, in
Acehnese culture.