Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(2) 2015: 405-421 POLA PENDEDAHAN INTERNET DAN IMPAKNYA TERHADAP KEFAHAMAN ISLAM DI KALANGAN AHLI AKADEMIK DI UKM DAN USIM Abd Hadi Bin Borham Universiti Pendidikan Sultan Idris Zulkiple Bin Abd Ghani Universiti Sains Islam Malaysia Abstrak Kemudahan internet telah memberi kemudahan bagi masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia dapat mempelajari, memahami dan mengenali Islam dengan mudah menerusi laman sesawang, blog, newsgroup, laman sosial dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kebanjiran maklumat Islam yang disediakan melalui internet boleh memberikan kesan yang signifkan terhadap golongan yang terdedah dengan maklumat khususnya ahli akademik. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pola pendedahan internet di kalangan ahli akademik dan impaknya dalam memahami aspek akidah, syariah dan akhlak. Seramai 206 ahli akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjadi responden. Kajian telah mendapati, pola pendedahan internet di kalangan responden adalah tinggi berdasarkan faktor demograf ahli akademik dan penggunaan internet. Dalam konteks memahami Islam, internet telah memberikan kesan yang sederhana terhadap aspek akidah, syariah dan akhlak. Internet juga telah mendatangkan kesan yang signifkan terhadap penghayatan akhlak dan sikap dalam kehidupan beragama di kalangan responden. Dalam masa yang sama, kajian ini juga mendapati kebanjiran maklumat Islam atau fatwa online di internet telah memberi kesan tertentu terhadap institusi agama yang berautoriti seperti JAKIM, jabatan agama negeri (JAIN) dan lain- brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository