Volume 6 Issue 25 (September 2021) PP. 114-132 DOI 10.35631/IJLGC.625010 Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved 114 INTERNATIONAL JOURNAL OF LAW, GOVERNMENT AND COMMUNICATION (IJLGC) www.ijlgc.com PANDEMIK COVID-19: KESAN TERHADAP KADAR INDEKS JENAYAH DI MALAYSIA COVID-19 PANDEMIC: IMPACT ON CRIME INDEX RATE IN MALAYSIA Suhaila Ibrahim 1 , Ishak Haji Abd Rahman 2* 1 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, University Kebangsaan Malaysia Email: haq@ukm.edu.my 2 Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia Email: haq@ukm.edu.my * Corresponding Author Article Info: Article history: Received date: 15.08.2021 Revised date: 31.08.2021 Accepted date: 25.09.2021 Published date: 30.09.2021 To cite this document: Ibrahim, S., & Abd Rahman, I. (2021). Pandemik Covid-19: Kesan Terhadap Kadar Indeks Jenayah Di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication, 6 (25), 114-134. DOI: 10.35631/IJLGC.625010. This work is licensed under CC BY 4.0 Abstrak: Serangan pandemik Covid-19 telah membawa perubahan yang besar terhadap masyarakat dunia apabila semua pejabat dan sekolah ditutup, aktiviti sosial dan keagamaan dijadikan larangan, kawalan pergerakan dan juga dihadkan penjarakan social.Tindakan ini secara secara tidak langsung memberi implikasi yang besar terhadap negara dan penduduknya dari segi politik,ekonomi, sosial, budaya dan sebagainya. Aspek utama yang menjadi perhatian rakyat pada masa yang kritikal ini adalah aspek kesihatan dan juga keselamatan. Malaysia tidak terkecuali dari melaksanakan pelbagai langkah, strategi dan tindakan yang dirasakan perlu bagi mencegah penularan wabak ini dengan tujuan menjaga keselamatan rakyat. Artikel ini melihat implikasi kawalan pergerakan khususnya terhadap kadar indeks jenayah di Malaysia semasa pandemik pada tahun 2020. Walaupun kadar indeks jenayah mengalami penurunan hampir 50% namun tidak semua jenis jenayah mengalami penurunan walaupun strategi kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipercayai menjadi punca utama penurunan kes jenayah. Kajian ini akan mengunakan data-data diperoleh daripada data sekunder iaitu melalui bahan-bahan akademik seperti blog penulisan ilmiah, jurnal, keratan-keratan akhbar, dan buletin-buletin agensi berkaitan yang membincangkan tentang isu jenayah di Malaysia dan dunia akan mengupas mengenai isu jenayah. Kata Kunci: Covid 19, Indeks Jenayah, Jenayah di Malaysia.