Volume 7 Issue 45 (March 2022) PP. 222-233
DOI 10.35631/IJEPC.745018
Copyright © GLOBAL ACADEMIC EXCELLENCE (M) SDN BHD - All rights reserved
222
INTERNATIONAL JOURNAL OF
EDUCATION, PSYCHOLOGY
AND COUNSELLING
(IJEPC)
www.ijepc.com
IMPLEMENTASI PEMERIKSAAN KEBOLEHGUNAAN
MENGGUNAKAN KAEDAH PENILAIAN PAKAR DALAM FASA
PENILAIAN MODUL ROBOT M-SOLAT
IMPLEMENTATION OF USABILITY TESTING USING EXPERT PANEL
EVALUATION METHOD IN THE EVALUATION PHASE OF M-SOLAT ROBOT
MODULE
Siti Fauziah Mohd Amin
1
*, Sabariah Sharif
2
, Muhamad Suhaimi Taat
3
, Mad Nor Madjapuni
4
,
Muralindran Mariappan
5
1
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: ummuadib1706@gmail.com
2
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: sabariah@ums.edu.my
3
4
5
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: suhaimi@ums.edu.my
Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: madnoormj@ums.edu.my
Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
Email: murali@ums.edu.my
*
Penulis Utama
Article Info:
Article history:
Received date: 05.01.2022
Revised date: 27.01.2022
Accepted date: 07.02.2022
Published date: 15.03.2022
To cite this document:
Amin, S. F. M., Sharif, S., Taat, M. S.,
Madjapuni, M. N., & Mariappan, M.
(2022). Implementasi Pemeriksaan
Kebolehgunaan Menggunakan
Kaedah Penilaian Pakar Dalam Fasa
Penilaian Modul Robot M-Solat.
International Journal of Education,
Abstrak:
Fasa penilaian merupakan salah satu fasa penting dalam kajian Penyelidikan
Reka Bentuk dan Pembangunan (PRP). Terdapat pelbagai kaedah yang dapat
digunakan dalam fasa ini, namun demikian pengkaji perlu memilih kaedah
yang bersesuaian bagi memastikan objektif kajian tercapai. Sehubungan itu,
kajian ini mengimplementasikan penilaian pemeriksaan kebolehgunaan Modul
Robot M-Solat menggunakan kaedah penilaian panel pakar. Instrumen yang
digunakan dalam kajian ini merupakan Borang Soal Selidik USE yang
dianalisis menggunakan Kaedah ‘Percentaged Calculation Method (PCM)’.
Hasil kajian menunjukkan kebolehgunaan Modul Robot M-Solat dari aspek
kebergunaan = 90.2%, kemudahgunaan = 88.4%, kemudahpelajaran = 90.1%
dan kepuasan =91.7%. Penilaian pemeriksaan kebolehgunaan menggunakan
kaedah penilaian panel pakar dalam kajian ini membolehkan objektif kajian
tercapai. Oleh itu, kajian ini mencadangkan kepada pengkaji akan datang untuk
menggunakan kaedah penilaian pakar dalam penilaian pemeriksaan