ABSTRAK Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam ‘Report of the Committee on the Employment Relationship’ menyatakan bahawa hubungan pekerjaan pada masa kini semakin kompleks dan tiada satu defnisi yang boleh diterima untuk mentakrifkan hubungan pekerjaan. Pelbagai ujian dan kriteria diwujudkan pada peringkat kebangsaan untuk mentakrifkan hubungan pekerjaan. Malah, asas hubungan pekerjaan sebagai bidang kajian dikatakan adalah untuk meneliti sifat hubungan yang wujud antara majikan dan pekerja. Sehubungan itu, kajian ini mencadangkan bahawa sifat hubungan pekerjaan di sektor informal boleh difahami dengan mengambil kira dua dimensi: Pertama, sejauh mana majikan bergantung kepada pekerja masing-masing dan sebaliknya. Kedua, sejauh mana pekerja mempunyai keupayaan secara individu atau secara kolektif untuk mencabar kuasa majikan. Berdasarkan dua demensi ini, empat sifat dikenal pasti untuk melihat sifat hubungan pekerjaan di sektor informal, iaitu ‘fraternalism’, ‘paternalism’, benevolent autocracy’, dan ‘passive acquiescence’. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, iaitu temu bual separa berstruktur bersama lapan orang responden di Lawas, Sarawak. Hasil kajian mendapati bahawa sifat hubungan pekerjaan dalam sektor informal adalah bersifat ‘benevolent autocracy’. Hal ini demikian kerana majikan kurang bergantung kepada pekerja mereka dan menyebabkan keupayaan pekerja agak terhad untuk mencabar kuasa majikan. Ia adalah keadaan yang paling biasa di sebuah frma kecil, iaitu pengurus atau pemilik kurang bergantung kepada pekerja dan dapat mempengaruhi mereka dari kedudukan kuasa sebagai majikan. Hasil penemuan kajian ini turut menjelaskan bahawa konsep hubungan pekerjaan itu tidak hanya semata- mata ditandai dengan hubungan undang-undang seperti yang dinyatakan HUBUNGAN PEKERJAAN DALAM SEKTOR INFORMAL DI LAWAS, SARAWAK EMPLOYMENT RELATIONS IN INFORMAL SECTOR IN LAWAS, SARAWAK NORHIDAYAH BINTI HASBULLAH 1* DZURIZAH IBRAHIM 2* 1&2 Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, 88400, Kota Kinabalu, Sabah. *1 norhidayah_hasbullah@yahoo.com; 2 idzuri@ums.edu.my Tarikh dihantar: 15 Februari 2018 / Tarikh diterima: 25 Julai 2018 CORE Metadata, citation and similar papers at core.ac.uk Provided by UMS Institutional Repository