Jurnal Pengajian Islam, 2021, Vo. 14, No. I, Halaman 102-117 102 Jurnal Pengajian Islam ISSN: 1823 7126 E-ISSSN: 0127-8002 2021, Bilangan 14, No. I, Halaman 102-117 MONOTEISME DALAM WACANA AGAMA: ANALISIS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM MONOTHEISM IN RELIGIOUS DISCOURSE: ANALYSIS IN ISLAMIC PERSPECTIVE Nurhanisah Senin 1* , Mustafa Kamal Amat Misra 2 & Nazneen Ismail 3 1 Pensyarah, Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS, nurhanisah@kuis.edu.my 2 Pensyarah, Jabatan Dakwah & Usuluddin Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS mustafakamal@kuis.edu.my 3 Pensyarah, Jabatan Dakwah & Usuluddin, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS, nazneen@kuis.edu.my * Penulis Penghubung Artikel diterima: 04 April 2021 Selepas Pembetulan: 09 Mei 2021 Diterima untuk terbit: 25 Mei 2021 Abstrak Kertas kerja ini bertujuan membincangkan tentang konsep monoteisme dalam wacana agama. Konsep monoteisme secara umumnya merujuk kepada penyembahan terhadap satu Tuhan. Kepercayaan sebegini dapat dikesan beberapa agama dunia seperti Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh dan Bahai yang mengakui bahawa hanya terdapat hanya satu Tuhan sahaja. Namun begitu, dalam wacana sarjana agama, konsep monoteisme ini membawa kepada dua implikasi utama iaitu eksklusivisme serta pluralisme dalam kepercayaan agama yang menyebabkan pelbagai konotasi terhadap monoteisme. Sebahagian sarjana mendakwa monoteisme melahirkan unsur permusuhan di antara penganut agama kerana menganggap hanya sesebuah agama sahaja yang dianggap benar dan menolak kebenaran agama lain. Untuk menyelesaikan isu eksklusivisme, sebahagian sarjana menanggapi konsep pluralisme sebagai solusi kepada masalah tersebut. Adapun, Islam menolak pluralisme dan berpegang kepada paradigma Tauhid yang menekankan keesaan Tuhan. Walaupun Tauhid dalam Islam seolah menyamai pendekatan eksklusivis yang menolak kebenaran agama lain, ia tidak mempromosikan permusuhan antara agama. Justeru, satu kefahaman yang tuntas terhadap Tauhid dalam Islam haruslah dicerakini dengan cermat agar ianya tidak disalahfaham. Kata kunci Monoteisme, wacana agama, polemik, Islam Abstract This paper aims to deliberate the concept of monotheism in religious discourse. In general, monotheism refers to the worship of one God. This belief can be traced in a number of world religions such as Islam, Christianity, Judaism, Hindu, Sikh and Bahai which claim the unity of God. Nevertheless, in monotheistic religious discourse, the concept of monotheism leads to exclusivism and pluralism in religious belief which cause different connotations of monotheism. Some scholars argue monotheism inflicts animosity between people of faith due to the single truth claim and rejection of other religious truth. In addressing the issue of exclusivism, some