Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31(1) 2015: 257-280 PERANAN AKHBAR CINA DALAM ARTIKULASI ISU-ISU SEJARAH DAN PEMBENTUKAN NEGARA-BANGSA Lee KuoK Tiung universiTi MaLaysia sabah Mohd safar hasiM universiTi Kebangsaan MaLaysia Abstrak Akhbar Cina dipercayai berkembang seiringan dengan perkembangan kehidupan masyarakat Cina di Malaysia. Analisis ini bertujuan melihat pengartikulasian isu-isu sejarah dalam akhbar Cina dan peranan membentuk negara-bangsa menerusi analisis maklumat kajian-kajian lalu terutamanya daripada arkib dan temubual dengan ketua editor. Hasil daripada analisis menunjukkan dari awal permulaan kemunculan dan perkembangan akhbar Cina berkait rapat dengan evolusi masyarakat Cina di Malaysia. Ini membantu memudahkan akhbar mengartikulasi peristiwa-peristiwa penting dalam pelaporan mereka dan memainkan peranan sebagai agen perubahan sesuai mengikut peredaran masa. Awal permulaan kemunculan akhbar Cina dilihat lebih cenderung menyampaikan khabar berita perkembangan peristiwa-peristiwa yang berlaku di China kepada golongan imigran sebelum bertukar kepada bermotifkan ekonomi khususnya mengiklankan produk jualan. Kebangkitan gerakan nasionalisme di China telah menyaksikan kemunculan mendadak akhbar-akhbar Cina di Nanyang untuk meraih sokongan daripada huaqiao bagi mengguling pemerintahan monarki untuk diganti dengan sistem demokrasi dan seterusnya menentang penjajahan Jepun ke atas China. Agenda perjuangan yang diadvokasi oleh akhbar-akhbar Cina nyata berbeza sejurus selepas Perang Dunia Ke-2 apabila mereka dilihat bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin politik brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by UKM Journal Article Repository