Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication Jilid 36(3) 2020: 296-311 E-ISSN: 2289-1528 https://doi.org/10.17576/JKMJC-2020-3603-18 Strategi Komunikasi Penjenayah Cinta Siber Terhadap Wanita Profesional KHADIJAH ALAVI MAIZATUL HAIZAN MAHBOB MOHAMMAD SYAHRUL AZHA SOOED Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Ancaman jenayah Penipuan Pencintaan (Love Scam) merupakan jenayah siber atau komersil yang mensasarkan wanita terutamanya wanita profesional hingga mengakibatkan kerugian berjuta ringgit kepada mangsa dan negara. Kajian ini meneroka faktor keterlibatan mangsa dan strategi komunikasi yang digunakan oleh scammer dalam proses penipuan. Kajian dijalankan secara temu bual mendalam ke atas pihak polis dan pekerja sosial dalam menangani isu Love Scam. Kajian ini dijalankan di sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) di Selangor. Seramai lima responden iaitu mangsa Love Scam telah ditemuduga dengan bantuan anggota polis dari IPPD yang mengendalikan kes jenayah komersil ini. Data dianalisis menggunakan kaedah tematik. Hasil kajian mendapati mangsa terjebak dengan Love Scam dalam laman sosial disebabkan beberapa faktor iaitu layanan baik daripada pelaku, sosialisasi, capaian internet yang mudah dan tekanan dalam diri mangsa. Strategi komunikasi yang sering digunakan pelaku untuk memerangkap mangsa adalah melalui penipuan profil, janji manis palsu, penghantaran bungkusan dan menyamar sebagai wakil agensi percukaian. Perkhidmatan sedia ada pihak polis hanya mengambil laporan bertulis daripada mangsa yang sedang trauma. Kebarangkalian penggunaan sihir dan pukau dalam talian menyukarkan mangsa untuk melindungi diri daripada ditipu. Dicadangkan kajian masa depan meneroka hubungan pukau, hipnosis, sihir yang diaplikasikan melalui ancaman kejuruteraan sosial (social engineering attack). Kajian ini mencadangkan bahawa pihak polis perlu bekerjasama dengan pekerja sosial dalam menyediakan perkhidmatan intervensi krisis, konsultasi membantu trauma mangsa dan menyediakan perkhidmatan psikososial bagi memberi kesedaran dan advokasi dalam menangani isu Love Scam. Kata kunci: Jenayah siber, penipuan cinta, strategi komunikasi, wanita, profesional. Communication Strategy of Cyber Love Crime towards Professional Women ABSTRACT The love crime threat is a cyber or commercial crime targeted at professional women, resulting in millions of ringgit of losses to victims and the country. This study explores the factors of victim involvement and the communication strategy by scammers in the process of fraud. The study was conducted through in- depth interviews with police officers and social workers in addressing the Love Scam issue. The location of the study is at a District Police Headquarters (IPPD) in Selangor. Five respondents were interviewed with the assistance of IPPD police in handling this commercial crime case. Data were analysed using a thematic method. The findings of this study show that the victim was stuck with Love Scam on social media due to several factors such as sweet love treatment from the perpetrator, socialization, easy internet access and stress on the victims. The communication strategies often used by the perpetrators to trap victims are through profile fraud, sweet lies, parcel deliveries and disguises as tax agency