157 Malaysian Journal of Learning and Instruction: Vol. 10 (2013): 157-178 KESILAPAN PENGURANGAN DALAM PEMEROLEHAN GENDER GRAMATIKAL BAHASA PERANCIS OMISSION ERRORS IN FRENCH GRAMMATICAL GENDER ACQUISITION Hazlina Abdul Halim 1 , Normaliza Abdul Rahim & Roslina Mamat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 1 Corresponding author: nina@fbmk.upm.edu.my ABSTRAK Tujuan – Kajian ini bertujuan menganalisis kesilapan pengurangan oleh pelajar yang mempelajari kemahiran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Metodologi – Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif. Seramai 60 responden terlibat dalam kajian ini, di mana mereka diminta membuat pembetulan yang perlu pada 20 ayat bahasa Perancis yang bergender gramatikal dan melakukan satu aktiviti penulisan dalam 10-15 ayat selepas 100 jam pembelajaran kemahiran bahasa Perancis. Dapatan – Hasil kajian mendapati bahawa pelajar melakukan kesilapan pengurangan terhadap kata sifat, artikel, kata sendi dan kata posesif dalam pembetulan ayat dan pembentukan ayat bahasa Perancis. Kepentingan – Kajian ini memberikan implikasi pedagogi kepada pengajar bahasa Perancis tentang perspektif yang berbeza terhadap implementasi pengajaran gender kepada pelajar. Dapatan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan, dan pendedahan kepada kesilapan pengurangan membuka jalan untuk menilai semula metodologi pengajaran, penyediaan modul dan penyampaian untuk mempertingkatkan kemajuan pelajar dan prestasi pengajaran guru. Kata kunci: Kesilapan pengurangan, bahasa Perancis, aktiviti penulisan, ayat bahasa Perancis