Conference Proceeding: 1st INTERNATIONAL CONFERENCE ON CREATIVE MEDIA, DESIGN & TECHNOLOGY (REKA2014) PERANAN ERGONOMIK DALAM REKABENTUK KERUSI SEKOLAH: KAJIAN KES DI SEKITAR PERLIS, KEDAH DAN PULAU PINANG. Wahyuni Masyidah Md. Isa 1 , Noor Azlina Mohamed Khalid 2 dan Muhammad Fauzi Zainuddin 3 1, 2 Universiti Sains Malaysia, MALAYSIA 3 Universiti Teknologi MARA, MALAYSIA missayuni11@gmail.com ABSTRAK Ergonomik memainkan peranan yang penting dalam rekabentuk kerusi sekolah. Postur duduk yang janggal akibat daripada rekabentuk kerusi yang tidak sesuai mampu menyumbang ke arah kesan yang negatif kepada kesihatan kanak-kanak. Isu ini dapat dilihat melalui penyelidikan yang mempersoalkan tentang kesesuaian ukuran kerusi yang terdapat di sekolah rendah yang digunakan oleh Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS). Seramai 108 orang responden telah terlibat dalam penyelidikan ini yang terdiri daripada MSRTS yang berumur 7, 8 dan 9 tahun dari 12 buah Sekolah Rendah Kebangsaan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Penyelidikan ini menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mengenalpasti ketidak-sepadanan antropometri responden dengan ukuran kerusi yang digunakan di sekolah. Antropometer, goniometer, penimbang berat badan dan pita ukur digunakan bagi memperolehi data antropometri responden dan ukuran kerusi dari setiap sekolah. Data antropometri dan ukuran kerusi dianalisa menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science). Postur duduk responden ketika sesi pembelajaran di dalam kelas turut dirakam dan dianalisa bagi menyokong data SPSS yang diperolehi. Dapatan kajian mencatatkan data antropometri MSRTS tidak sepadan dengan ukuran kerusi yang digunakan di sekolah. Oleh itu, pertimbangan terhadap faktor ergonomik dalam rekabentuk kerusi sekolah adalah perlu bagi memastikan kesihatan dan keselesaan MSRTS di sekolah. Kata Kunci: Ergonomik, Murid Sekolah Rendah Tahap Satu (MSRTS), Antropometri, Kerusi sekolah PENGENALAN “Ergonomics (or human factors) is the scientific discipline concerned with the understanding of interactions among humans and other elements of a system, and the profession that applies theory, principles, data and methods to design in order to optimize human well-being and overall system performance”. (International Ergonomic Association (IEA), 2014). brought to you by CORE View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk provided by Repository@USM