1 Tunjuk Ajar dalam Pantun daripada Tenas Effendy Ding Choo Ming Latar Belakang Tokoh budayawan, Tenas Effendy yang lahir pada 1936 telah meninggal dunia pada 2015, pada usia 78 tahun. Beliau dikagumi kerana sudah menulis lebih daripada 60 buah buku (besar dan kecil), selain lebih 100 makalah dan kertaskerja berdasarkan penyelidikannya ke atas ribuan ungkapan kata Melayu-Riau yang telah dikumpulnya daripada sekitar 500 buah kampong di Riau. Saya akan memendekkan cerita yang panjang mengenai kehebatan Pak Tenas dalam makalah ini dengan mengatakan beliau sudah melakukan yang terdaya sepanjang hidupnya, sekaligus bukan sahaja telah mendokumentasi, tetapi juga telah memperkenalkan ribuan muara kata-kata itu dengan mengkaji dan menyusunnya dalam karya-karyanya yang disebut tadi menurut banyak kategori subjek. Penyelenggaraannya itu telah membuat muara kata ungkapan itu bukan sahaja lebih menarik, tetapi juga lebih mudah difahami dengan kebanyakan ungkapan kata-kata itu diserangkaikan dengan ungkapan kata yang lain yang berkaitan. Antara karya Pak Tenas yngg menjadi rujukan umum ialah Tunjuk Ajar Melayu: bur-bur budaya Melayu Riau. Yogyakarta: Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu bekerjasama dengan Penerbit AdiCita, 2004, 687 hal). Dalam buku ini, Pak Tenas telah menyenaraikan 45 jenis tunjuk ajar tentang ketakwaan kepada Tuhan, ketaatan kepada ibu bapa, ketaatan kepada pemimpin, gotong royong, selain bermacam-macam sifat yang harus kita amalkan untuk menjadi orang yang berbudi bahasa, sopan dan berguna kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Tidakkah salah jika dikatakan belum pernah ada orang lain membuat dokumentasi, lebih-lebih lagi mengkaji ungkapan kata Melayu-Riau sebanyak, segigih dan seteli seper Pak Tenas? Memanglah dak keterlaluan jika dikatakan Pak Tenas adalah orang yang pertama yang memperkenalkan sebegitu banyakanya ungkapan kata adat Melayu-Riau yang kaya dan indah. Semua karya Pak Tenas tentang ja diri, sifat manusia, tunjuk ajar dan lain-lain adalah tentang nilai moral dan ianya adalah aset manusia, kemanusiaan dan perikemanusiaan. Setelah diteli, kita dapa sebahagian besar tunjuk ajar ini sama nggi nilainya dengan pengajaran Konfusian dan Dao Te Jing oleh Lao Tse di China dan juga nilai kesejagatan manusia tentang perikemanusiaan, perdamaian, peperangan, keadilan, kezaliman, pembunuhan dan kesamaan dalam kalangan manusia