Abdul Hadi Harman Shah et al. 175 Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(2) (2010): 175 - 194 Kelestarian Bandar sebagai Habitat Manusia ABDUL HADI HARMAN SHAH, ABDUL SAMAD HADI, SHAHARUDIN IDRUS & AHMAD FARIZ MOHAMED ABSTRAK Tumpuan perbincangan pembangunan lestari hari ini banyak mengarah kepada pelbagai perincian perlaksanaan suatu agenda yang dianggap telah diterima ramai. Apa yang disarankan di peringkat antarabangsa diterima dan terlaksana di peringkat lokal, adakalanya tanpa mengira konteks setempat. Seringkali nilai dan letakan prioriti mengandaikan bahawa persoalan di setiap bandar itu seragam, atau setidak tidaknya cenderung kepada perkara perkara yang sama dan ini merangka perkiraan dan pembiayaan awam. Terpenting ialah bagaimana setiap bandar itu menyumbang kepada masalah kelestarian dunia secara umum dan setiap bandar itu harus bertanggungjawab memastikan dunia secara keseluruhannya lestari. Hal sebegini, walaupun bermula dengan niat yang baik, berkemungkinan mengundang kontradiksi antara nilai dan sudut pandang dua skala yang berbeza. Kertas ini mewacanakan erti dan implikasi kelestarian bandar yang menjadi tumpuan pelbagai agenda pembangunan lestari di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Ia menghujahkan bagaimana definisi kelestarian yang dipilih mengalur cara bandar itu dirancang, diperkembang dan akhirnya dinilai. Kesemua ini memberi kesan langsung kepada kehidupan harian penduduk setempat dengan budaya dan masalah lokal yang seringkali berbeza dari budaya dan masalah yang ditanggapi di peringkat antarabangsa. Akhirnya makalah ini mem-persoalkan sama ada identiti dan kepentingan lokal yang seharusnya diutamakan oleh sesebuah bandar itu masih dapat dipertahan dalam menerima agenda global seperti pembangunan lestari ini. Kata kunci: Kelestarian bandar, pembangunan lestari, habitat manusia, pertumbuhan ekonomi, pihak berkuasa tempatan ABSTRACT The current focus of discussion on sustainable development centres around the various implementations of an agenda that is assumed to be accepted by all. Various proposals at the international level are accepted and implemented by various agencies at the local level many times without taking the local context into consideration. The assumption of uniformity, or at least similarity of values and priorities of cities drive current public and funding concerns.